Chapter 37 : Time To Calling Love Again..

177 16 0
                                    

Masa tidak akan menentukan apa-apa perubahan yang nyata cuma terkadang masa selalu membuat kita lewat untuk melakukan apa yang kita inginkan dan pabila masa telah memberikan kita peluang kedua ambillah dan buat seperti mana yang kau inginkan kerana masa tidak akan selalu berputar ditempat yang sama untuk kali ketiganya.

Becca datang ke sebuah galery dan untuk melihat karya lukisan Freen yang telah dibuka untuk hari terakhir hari ini dan dia disambut baik dan mula memasuki dan melihat sebuah video yang dirakam pada hari interview bersama Freen tentang tema lukisannya.

"ini pertama kali kami menemui seorang pelukis yang unik seperti Cik Freen jadi soalan kami yang pertama kenapa tema dia 'cinta'..?"

"sebab cinta semua orang miliki dan dapat dinikmati dengan setiap masa serta meletakkan di memori untuk kita kenang pada masa kita merasa rindu ia fakta dan semua orang melalui itu"

"jadi adakah lukisan kamu lukis ada juga berkaitan dengan cinta kamu ataupun adakah Cik juga sedang jatuh cinta dan mencintai seseorang?"

"ya..dia adalah orang yang pertama menyedari bakat saya didalam melukis dan dia juga sebab saya bermula dengannya seseorang yang sangat cintakan"

"kalau kami bertanya siapa orang itu akan melanggar privasi cik jadi..apa pesanan cik akan berikan kepada pasangan kekasih yang sedang bercinta dan yang akan datang melihat lukisan cik nanti?"

"teruslah mencintai..apapun terjadi jangan pernah berhenti kerana masa tidak menunggu kita tapi kitalah mengatur setiap masa kita untuk terus bersama dan mencintai pasangan kita setiap masa"

Wajah Becca yang mula melihat lukisan satu persatu membuatnya hatinya mula terharu dan sangat mengenali tentang semua lukisan yang Freen cuba sampaikan dan setiap satu lukisan dan situasinya adalah kenangan mereka bersama selama ini.

Dari lukisan dua pasangan yang berada di cafe,didalam mereka berpegangan tangan sambil berjalan disebuah jalan dan sehingga lukisan terakhir yang membuat Becca mengalirkan air matanya. 

Dan kata-kata P'nam padanya telah membuktikan hari ini bahawa Freen tidak pernah melupakan dan sentiasa mengingatinya di setiap masa walaupun mereka sudah berpisah Freen masih menyimpan banyak memori mereka bersama dan melukisnya untuk diperlihatkan kepada semua orang tentang sebuah kisah cinta.

Lukisan terakhir telah membuat Becca semakin menangis tanpa henti menutup mulutnya dengan kedua tangannya kerana lukisan terakhir yang Freen lukis adalah impian mereka ingin menghabiskan masa di pantai yang belum terwujud itu menampakkan hanya Freen yang sendiri duduk dan menikmati suasana pantai tersebut.

***

Freen yang memandu akhirnya sampai di perkarangan rumah keluarganya membuatnya dia seketika duduk didalam kereta sambil memegang kepalanya agak lama menyandar dikerusi pemandu sehingga ketukkan dari cermin oleh pembantunya mengejutkan Freen yang akhirnya keluar.

"apa cik buat didalam kereta..Puan dan Tuan sudah menunggu cik dari tadi"

Freen masuk kerumah disambut ibunya dan dia berikan salam hormat dan melihat pada wajah Freen yang pucat membuat Puan Nun risau dan cuba memeriksa suhunya dengan memegang wajah Freen dengan cemas.

"ibu..saya okey saya cuma tak rehat beberapa hari saja dan sebab tadi saya dapat panggilan dari balai polis"

"kenapa ke balai polis?"

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now