Chapter 18 : An Offense To Change

197 13 4
                                    

Kereta yang membawa Hon pergi itu dihubungi oleh orang kanan Tuan Pisit yang menyuruhnya melepaskannya dan Hon yang menarik telefon lelaki itu dan bercakap dengan orang kanannya itu untuk bercakap dengan Tuan Pisit.

Dan setelah bercakap dengan Hon membuat wajah Pisit semakin marah dan menutup panggilan itu melihat pada orang kanannya itu.. 

"lepaskan dia..dan bunuh Tan sekarang!"

Kemarahan yang nampak di wajah Tuan Pisit itu buat orang kanannya itu terus hubungi orangnya namun panggilan itu yang dijawab oleh Tuan Chankimha itu mengejutkan orang kanannya itu melihat pada Tuan Pisit yang terus merampas telefon itu dan menjawabnya.

"sampai macam ni sekali kau nak buat untuk mendapatkan apa yang kau mahukan?"

"abang yang membuat saya macam ini jadi jangan tanya aku kenapa aku buat semua ini"

"baiklah..mari jumpa dan bagi saya dengar alasan kau tu"

Tuan Chankimha menutup panggilan itu dan berikan pada orangnya itu dan memandu pergi dengan keretanya dan menyuruh orang itu menguruskan orang adiknya itu yang terduduk jatuh kesakitan dengan wajah yang sudah dibelasah olehnya.

***

Setelah Vin dihubungi pihak polis tempatan setelah menemui Hon dan dibawa ke pusat tahanan polis tempatan mereka membuat dia terus bergerak bersama Pit dan Freen untuk pergi namun beberapa saat langkah Freen ingin pergi Nop menghubunginya..

"P'Freen apa saya nak buat ni..Cik Becca pengsan dan sekarang tengah dirawat macam mana ni?"

Langkah Freen mula lemah setelah panggilan itu berdiri membeku disitu buat Vin dan Pit hairan melihatnya dan mendekatinya bertanya tentang apa yang berlaku..

"saya kena kembali ke bangkok sekarang"

"kenapa?"

"seseorang menyerang Becky dan sekarang berada di hospital..saya kena balik sekarang"

"kalau macam tu mari berpecah, saya temankan Freen dan akan periksa keadaan disana dan Vin uruskan hal disini"

"baiklah, tolong jaga mereka"

Mereka mula berpecah dan Vin terus menuju ke balai polis untuk menemui Hon yang ditahan oleh polis disana dan Freen dan Pit menuju balik ke bangkok untuk mengetahui keadaan Becca.

Setelah 20 minit menunggu akhirnya Doctor keluar dan menemui Puan Nun,Nin dan Nop yang ada disitu menunggu dengan wajah risau Puan Nun mendekati pada Doctor berdoa didalam hati agar putri kesayangannya itu tidak apa-apa.

"keadaan anak Puan didalam keadaan baik cuma kerana panik dan trauma yang dia alami dia masih tidak sedarkan diri dan saya nasihatkan tetap berada dekat dengan dia dan berikan semangat semoga anak Puan Cepat sedar dan buat sementara pelawat tidak dibenarkan sehingga keadaan anak Puan membaik"

"apa? tapi sejak bila anak saya alami panik dan trauma?"

"sejak kecil."

Kata Freen yang datang disitu menjawab soalan Puan Nun membuatnya terkejut dengan kedatangan Freen secara mengejut dengan seorang lelaki yang seakan tidak asing namun lupa siapa dia.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now