Chapter 36 : Loving You Is A Way To Survive..

162 17 2
                                    

'Apapun pilihan kita pilih untuk terus berada disini dan apapun keadaannya sama ada kita bersama ataupun tidak aku tetap memilih untuk mencintaimu dengan caraku dan kerana mencintaimu adalah semangat untuk aku terus merasa hidup.'

-Becca-

Setelah lama menunggu akhirnya Becca dan Irene dibawa menunjukkan pejabat baru untuk mereka dapat membuat kerja mereka sebagai peguam dan pejabat yang dihiasi cantik dengan dua meja berasingan dan bersebelahan untuk Becca dan Irin membelakangi dengan tingkap menampakkan pemandangan luar pejabat yang cantik dan dua meja gabungan diletakkan secara melintang diletak di tepi untuk dua orang pembantu mereka membuat kerja.

Pejabat yang memilik papan nama mereka sendiri di atas meja masing-masing itu buat Becca dekati mejanya dan melihat papan namanya yang terukir cantik tertulis peguam tertera pada papan tersebut membuat Becca sangat gembira melihat namanya terukir di papan kayu yang cantik.

"kenapa kawanku..kau gembira kan?"

Tanya Irin yang mendekati dengan menyandar belakang Becca untuk mengusiknya..

"tentulah gembira inilah impian aku sejak dulu lagi dan mak ayah pasti gembira dan juga.."

"dan juga..siapa? Freen ke? kau masih sukakan dia kan?"

Becca terus menolak Irin lembut yang menyandar belakangnya itu yang Irin melihatnya dengan wajah mengejek padanya 

"cukuplah..dan mari kita sambung kerja sekarang"

***

Becca sampai di jalan utama dan mengambil teksi untuk kembali ke pejabatnya dan Freen yang perhatikan Becca sehingga mendapat Teksi itulah barulah dia memandu pergi ke balai polis untuk menemui Detective Jit tentang penangkapan Pyta.

"sawadee Khaa"

Freen menyapa semua orang di balai terutamanya detective Jit yang melihat Freen yang datang terus menyambutnya mesra dan membawanya berbincang berdua dan seorang pegawai tiba-tiba mendekati mereka dan beritahu mereka tentang Pyta.

"Tuan.."

"ada apa?"

"Pyta meminta satu permintaan?"

"permintaan apa?"

"katanya nak berjumpa dengan Freen sebelum dia mengaku tentang semuanya dan menerima hukumannya"

Detective Jit pun melihat pada Freen..

"saya akan jumpa dia"

"kau yakin?"

"ya"

Freen pun membuka pintu didalam bilik siasatan dan melihat pada Pyta yang melihatnya yang duduk dengan tangannya di gari..Freen pun mengambil langkahnya duduk dihadapannya..

"lama tak jumpa..kau banyak berubah Freen"

"dah 10 tahun berlalu semua orang berubah kau pun sama..apa yang kau nak cakap?"

"aku fikir kau akan berubah dengan masa yang sudah banyak berlalu nampaknya aku mengharap terlalu jauh"

"apa sebenarnya kau harapkan..sedangkan kau sendiri tahu hakikatnya yang meletakkan harapan pada seseorang yang sudah mencintai orang lain.."

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now