Tuan Armstrong kembali masuk ke bilik rawatan Tuan Chankimha setelah menjawab panggilan daripada Pit tentang pengakuan Tuan Pisit tentang kes projek kampung Uttaradit dan pabila masuk semula ke bilik rawatan Tuan Chankimha dia terkejut pabila melihat kawan baiknya itu terbangun daripada komanya.
Tuan Armstrong terus dekati Tuan Chankimha dengan membantunya bangunkan badannya dengan betul dan membuka alat pernafasannya dan Tuan Chankimha meminta padanya untuk keluar sekarang juga namun Tuan Armstrong yang hairan cuba menahan tindakan Tuan Chankimha.
Tidak lama selepas itu lampu di hospital mati secara tiba-tiba dan asap pemedih mata di lemparkan di setiap sudut hospital membuat para doctor dan nurse yang kehairanan mencari punca eletrik yang tiba-tiba putus itu terus pengsan kerana terhidu asap yang berlebihan tersebut.
Asap yang mula reda membuat sekumpulan lelaki berbaju Hoodie Putih masuk dengan masing-masing memegang senjata mereka dan mula bergerak mengikut arahan orang dihadapan mereka dan mencari Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong yang sudah menjadi sasaran mereka untuk dihapuskan.
Dan pabila Tuan Pisit yang telah mengaku terus meminta pada Vin untuk dilepaskan dan selamatkan abangnya yang akan menjadi sasaran mereka dan tujuan penyerahan dirinya adalah pengalihan perhatian mereka terhadap dia supaya kumpulan itu mampu menyerang Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong dengan senang tanpa gangguan dari pihak polis.
Mendengar hal itu buat Vin dan pasukan mula bergerak dan Pit,Detective Prao dan Tuan pisit bergerak bersama mengunakan kereta yang berbeza menuju ke hospital dengan segera seperti mana kata Tuan Pisit beritahu padanya.
Tiga lelaki berhenti tepat di luar pintu bilik rawatan Tuan Chankimha dan pelahan-lahan didalam membuka pintu tersebut dan mereka masuk melihat Tuan Chankimha yang masih terbaring itu membuat salah satu daripada tiga lelaki tersebut mengeluarkan pisau dari pingangnya dan tanpa teragak-agak menikam pada Tuan Chankimha.
Namun tikamannya gagal dan pisaunya dipegang kuat oleh Tuan Chankimha sedikit mengejutkan mereka dan keduanya cuba membantu menyerang namun Tuan Armstrong daripada belakang menyerang kedua orang itu, Tuan Chankimha bangun pelahan-lahan masih memegang tangan lelaki itu bersama pisaunya terus menolak lelaki itu dengan kuat terlempar di dinding bilik rawatannya terus pengsan tidak berdaya dan Tuan Chankimha pun terus membantu Tuan Armstrong dengan menyerang kedua orang yang lain yang juga akhirnya kalah dengan serangan mereka juga pengsan tidak berdaya.
Mendengar Siren daripada polis membuat beberapa kumpulan lelaki Berhoodie putih mula panik dan cuba keluar namun ditegur oleh Tuan Chankimha dari kejauhan itu keluar bersama Tuan Armstrong menyapa mereka, tanpa banyak berfikir pun mereka dengan serentak menyerang Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong tapi pada akhirnya kalah ditangan ketua mafia yang hebat itu bersama kawan baiknya itu dan Vin dan pasukannya mula masuk dan menangkap mereka semua.
setelah semuanya mula selesai dan bantuan mula tiba membantu Tuan Chankimha danTuan Armstrong, melihat Pit buat Tuan Chankimha terus mendekati Pit setelah siap dirawat didalam van Ambulans..
"Freen dan Becca..adakah mereka akan baik-baik saja"
"Cik Becca di culik oleh kumpulan yang sama di Bangkok tapi Tuan jangan risau kawan sepasukan saya ada disana membantu Freen untuk menangkap mereka dan Tuan jangan risau anak Tuan..Freen akan buat yang terbaik untuk selamatkan Becca"
Mendengar hal itu membuat Tuan Chankimha menarik nafas lega dan melihat pada adiknya Tuan Pisit yang masih di kereta yang Pit bawa dengan tangannya masih bergari itu dengan tersenyum padanya.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Roman d'amourmengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...