Chapter 15 : A Locked Secret

226 13 6
                                    

Vin yang memandang Freen dengan wajahnya yang penuh dengan persoalan dikepalanya membuat Vin mengeluh mengalihkan pandangan menunduk sambil memeluk lututnya yang terlipat membetulkan pernafasannya yang penat sebelum menyambung kata-katanya..

"ia cuma kemungkinan yang aku fikirkan, dan yang saya fikir kes tentang kau dan Becky ada kaitan dengan Kes penculikan dua keluarga ternama 20 tahun yang lalu"

"jadi kau maksudkan adalah..kami adalah anak mereka yang di culik 20 tahun yang lalu"

Vin bangun mengambil fail di kerusi luar gelangang dan berikan fail yang dia bawa itu bersama dia berikan pada Freen untuk dia baca..

"ini adalah hasil dari DNA yang aku dapatkan dan untuk memastikannya kita perlu kembali ke sana dan berjumpa dengan orang yang mengetahui hal ini"

Mengingati hal itu masih bermain di kepala Freen sehingga membuatnya dia tak dapat tidur apalagi memikirkan Becca yang ditinggalkan didalam keadaan marah padanya sebab keputusannya mengambil cuti tanpa berikan sebab dan tanpa alasan yang pasti membuat hal itu semakin menganggu fikirannya malam itu.

Ketukkan dari pintu biliknya membuat Freen yang berfikir jauh itu terhenti pabila melihat P'nam dan Heng tersenyum melihatnya dari pintu dan Freen menyambut mereka masuk duduk diatas katil Freen dan Freen duduk di kerusi meja kerjanya itu menghadap mereka.

"kau yakinkah tentang ini dan kau rasa patutkah kau tak beritahu Becky tentangnya?"

"ianya memang bukan keputusan bagus dan bijak tapi aku tak mahu dia memikirkan hal yang sama seperti aku yang akan membebani fikirannya, tapi kalau hal ini betul aku akan pastikan dulu sebelum beritahu padanya"

"kalau kau rasa itu yang terbaik pastikan kau sentiasa beritahu khabar kau dan pastikan kau balik dengan selamat janji dengan kami"

"baiklah., tolong tengokkan Becca sementara saya pergi dan pastikan dia didalam keadaan selamat selama saya tiada nanti"

"hey dia dan kau adalah keluarga kami jadi jangan risau tentangnya dan kirimkan salam kami pada Puan Mae nanti"

Freen mengangguk dan tersenyum pada kedua kawannya itu dan P'nam menepuk lembut ke bahu Freen dan berikan senyuman sebelum keluar dan meninggalkan Freen untuk berehat.

***

"sawadee krab..Puan dan Cik saya Nop yang akan mengantikan kawan saya P'freen menjaga Puan dan Cik mulai hari ini"

Kata Nop dengan sopan kepada Puan Nun dan Becca yang keluar menyapanya pabila dia sampai untuk menjemput Becca untuk ke kelasnya.

"cukuplah kenalkan diri dan mari kita pergi"

Balas Becca dengan tiada Moodnya yang tidak berapa baik itu untuk menyapa mesra padanya terus memeluk ibunya dan masuk ke kereta dengan sendirinya buat Nop hanya membalas senyuman dengan Puan Nun dan Nin dan pergi.

Sifat Becca yang tidak bercakap dan tak pedulikan Nop itu membuat dia sedikit hairan sikap Becca yang berbeza daripada yang Freen ceritakan padanya itu berubah namun Nop hanya tersenyum dan faham mungkin disebabkan dia sudah terbiasa dengan Freen dan sedih pabila tiba-tiba Freen mengambil cuti secara tiba-tiba.

Dan Pyta yang melihat pemandu Becca yang bertukar itu membuat dia hairan namun Becca terus menariknya pergi dan masuk tanpa menjawab soalannya itu dan Nop hanya tersenyum pada mereka yang pergi itu.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now