Pelik tapi itulah kenyataannya pertemuan yang sukar dijangka dan bahagia yang datang seketika membawa perpisahan semula.
Freen yang duduk di kerusi dan dilihatkan kad nama Tuan Chankimha di atas meja kerja itu membuat dia pun bingung melihat kedua kawan baiknya itu.
"jadi..kamu nak saya buat apa?"
"kau rasa pelik ke? seorang ketua mafia dan pemilik syarikat sebesar ini datang pada kita dan mencari seorang bodyguard untuk anak dia tiba-tiba apalagi dengan kita sebuah persatuan bodyguard yang kecil ni?"
kata P'nam dengan perasaan penuh kecurigaan melihat pada Freen sambil berdiri di sudut pejabat dekat dengan tingkap berhampiran dengan Heng mengangguk bersetuju dengannya.
"sekarang ni..adakah kamu berdua fikir yang Tuan ni mungkin mengancam persatuan kita kah?"
"ya"
Serentak P'nam dan Heng menjawab pada soalan Freen itu membuatnya geleng-geleng kepala tersengih melihat kelakuan dua kawan baiknya itu.
"hey kalau ikut fikiran akulah seorang mafia takkan datang dengan cara sopan macam tu kalau mereka nak serang seseorang tapi mereka akan terus serang saja tanpa perlu salam pun"
Jelas Freen padanya sambil bangun menuju ke peti sejuk untuk meneguk sebotol air buat dua kawan baiknya itu saling berpandangan sebelum mendekati Freen.
"jadi..kau nak kami buat apa?"
Kata mereka dengan berdiri dekat pintu peti sejuk itu seakan tupai yang sedang mengintai membuat Freen hampir tersembur air dimulutnya kerana melihat kedua kawannya itu terus menelan air dimulutnya dan mengelap mulutnya.
"buat apa lagi..cari kan dia seseorang bodyguard seperti dia mahukan..ahh dan ini untuk kau lain kali jangan suka boroskan duit kau tu faham"
Freen berkata dengan santainya sambil berikan baju yang dia belikan tadi untuk P'nam.
"kalau macam tu..kenapa tidak kau saja yang ambil kerja ni..lagipun bayarannya lebih daripada kerja part time kau"kata Heng tiba-tiba mengatakan pendapatnya itu.
"betul..lagipun yang terbaik disini adalah kau kan"tambah P'nam dengan mengangguk bersama Heng bersetuju dengannya.
"taknak"
"tapi kenapa?"tanya P'nam dengan wajah sedihnya padanya.
"tak payah tunjukkan muka kau tu, saya takkan terkena dua kali jawapannya tetap tidak"
Balas Freen sambil turun ke bawah untuk pergi membuat P'nam melemparkan baju didalam beg itu pada Heng dan mengejar Freen yang ingin pergi itu.
"mana kau nak pergi malam-malam ni..bukankah kerja parttime kau dah habis"tanya P'nam ingin tahu.
"pergi jumpa Vin, katanya dia dapat sesuatu selepas balik dari Chiang Mai"
"berdua sahaja kah? buat apa?"kata P'nam menahan bahu Freen memusingkan badannya melihatnya.
"kami hanya makan saja lah dan berbincang tentangnya tak payah nak fikir bukan-bukan okay"kata Freen memegang bahu P'nam itu tersengih dan melangkah pergi.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...