Kesilapan membawa kita kepada luka yang dalam dan kemaafan yang sukar untuk didapatkan kerana tak semua kesilapan mampu dimaafkan hanya dengan kata maaf semata-mata kerana perkataan maaf boleh dikatakan namun hati belum tentu mampu memaafkan.
Hon didalam keadaan yang sudah separuh nyawa itu dipapah oleh Pit dengan kepala penuh dengan darah serta badan yang sudah lemah membawanya terus ke kuil disambut oleh Vin dan ketua sami yang kebetulan ada disitu terus membantunya.
"kenapa ni?"
"saya temui dia diserang dengan orang-orang Tuan Pisit adik pada Tuan Chankimha"
Ketua sami yang telah memanggil orang-orangnya disitu untuk membantunya memimpin Hon masuk untuk dirawat oleh mereka dan Vin yang ingin masuk itu terus ditarik oleh Pit dan memintanya memanggil Freen untuk pergi ke satu tempat bersamanya.
Walaupun sedikit hairan dengan permintaan itu Vin hanya mengikut sahaja dan Freen yang datang juga hairan pabila melihat kedua mereka yang sedang mengali belakang Stor yang sempat diperiksa oleh Freen dan Vin beberapa hari lepas setelah kejadian Pit dan lelaki misteri malam itu masuk curi-curi ke kuil.
Beberapa jam mengali akhirnya galian mereka menemui hasil dari penyodok yang tersodok sesuatu yang keras yang membuat Vin dan dan Pit mula fokus padanya dan menemui sebuah beg besar tertanam disitu dan akhirnya mengangkat ke atas dan pabila di buka membuat mereka bertiga terkejut dengan penemuan duit didalamnya yang jumlah lebih dari 10 juta Baht.
"boleh kau jelaskan apa semua ini?"
"lelaki yang selama ini kita nampak adalah Hon lelaki tadi saya tolong dan beberapa orang pelik yang datang pecah masuk kuil adalah orang-orang yang mahukan duit ini dan apa yang penting duit ini adalah milik keluarga Chankimha hasil duit tebusan untuk membayar penculik yang menculik anak dia dan anak Tuan Armstrong."
Setelah membuat laporan kepada polis tempatan disitu akhirnya duit itu dikembalikan kepada polis untuk dilindungi dan mula menyiasat semula kes penculikan 20 tahun yang lalu dan Vin di tugaskan didalam kes tersebut bersama detective Prao semula setelah mendapat laporan tentang kes itu semula daripada balai polis Chiang Mai ke pusat Bangkok.
Hon pun sedar daripada pengsannya setelah cedera itu dan Pit mula mendekatinya dengan mengambil kerusi duduk ditepi katilnya dengan Freen dan Vin melihat dari luar mendengar daripada jauh tentangnya.
"sekarang kau patut jelaskan apa maksud kau dengan memberitahu aku tentang duit itu dan apa lagi yang kau sembunyikan"
"adakah ini masanya untuk saya dedahkan semuanya.."
"sudah 20 tahun Tuan saya dan kawan dia menderita kerana kehilangan anak mereka adakah itu tak cukup lagi untuk buat mereka menderita"
"anak mereka masih hidup"
"saya tahu..dan salah satunya ada disini"
Kata Pit padanya menunjuk pada Freen yang menyandar pada pintu melihat padanya dengan tajam itu mula pelahan-lahan mendekatinya.
"memandangkan aku tak ingat apa-apa saya takkan belasah kau jadi ceritakan saja semuanya sebelum ini kali terakhir kau selamat dari orang-orang yang menyerang kau"
Balas Freen padanya dengan berdiri dekat pada hujung katilnya melipat kedua tangannya di dada dengan masih dengan pandangan yang tajam pada Hon.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...