Terkadang hidup mempunyai jalan cerita yang ditentukan oleh sebuah takdir yang dimana dengan pertemuan dan perpisahan juga ada didalam takdir yang dia ciptakan dan yang terselit didalamnya kita akan berjumpa dengan seseorang yang telah ditakdirkan untuk kita dan akan diuji perpisahan dan pertemuan semula di situasi yang berbeza.
Seawal pagi lagi,.. Nin telah memasuki bilik Cik Muda dengan pelahan-lahan dengan tepukan di jubur Becca lembut membangunkannya dengan bisikkan lembut ditelinganya.
"cik..cik bangun"
"hmm kenapa ni Nin.."
Balas Becca dengan nada mamainya berkata namun matanya yang masih tertutup sambil mengaru-garu rambut kepalanya.
"Tuan dah balik dan Puan nak saya bangunkan cik untuk serapan bersama"
Penjelasan Nin padanya membuat dengan cepat mata Becca terbuka luas dan bangun terduduk itu memusingkan badannya melihat pada Nin pengasuhnya itu mengangguk mengiakan kata-katanya.
Becca pun siap dengan memakai Baju dress One piece berwarna putih terbuka dibahagian leher dengan tali yang mengikat bahagian lehernya dan bercorakkan bunga berwarna pink cerah dan pendek di bahagian pahanya terus mendekati meja makan untuk 12 orang makan.
Melihat Ayahnya Tuan Chankimha duduk di hujung meja itu dengan membelek surat khabarnya dan menutupnya pabila Becca yang muncul mengadah tangan pada Ayah dan ibunya berikan salam hormat.
Setelah kami bertiga duduk para pembantu mula menghidangkan serapan yang hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu yang sedang berkerja dan wajah Becca yang sangat berhati-hati kerana sangat takutkan ketegasan dari ayahnya itu.
"ayah sudah putuskan untuk kamu akan masuk ke University dan menyambung pelajaran kamu jadi ayah nak kamu pilih satu bidang yang kamu ingin belajar"
Kata-kata Tuan Chankimha itu membuat isterinya melihatnya dengan wajah sedikit hairan kerana hal itu diputuskan tanpa berbincang dengannya.
"dan pabila kamu sudah putuskan ayah akan carikan kamu seorang bodyguard untuk menjaga kamu dan boleh menghantar kamu pergi dan pulang dengan selamat."
"boleh saya tanya..kenapa ayah tiba-tiba putuskan semua ini?"
Tanya Becca dengan sopan bercakap melihat pada ayahnya itu.
"ayah akan kembali ke Chiang Mai dan mungkin agak lama kali ini jadi dalam masa itu ayah nak kamu boleh menguasai bidang kamu dan ayah mengharapkan kamu boleh menjaga salah satu cawangan kita disini"
Jelas kata Tuan Chankimha dengan meneruskan makan dengan kedua anak dan mak hanya mampu diam dan teruskan makan.
***
Sebuah penemuan mayat di tepi sungai membuat pasukan polis yang juga diikuti oleh Vin ke lokasi membuatnya dengan wajah yang marah melihat keadaan jasad itu.
"ianya bukan kes bunuh diri tapi ianya sebuah pembunuhan."kata detective Prao singkat.
"macam mana tuan yakin tentangnya?"tanya Vin padanya.
"sungai ini..sudah menjadi sebuah kejadian malang dan pembunuhan selalu dibuat dikawasan ini seperti sudah dirancangkan orang yang sama seperti kes 20 tahun yang lepas."
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romansmengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...