Chapter 41 : On Purpose

189 13 0
                                    

Alasan sentiasa menjadi sebab untuk terus berada di mana kita inginkan yang tidak diinginkan oleh orang lain untuk tinggal namun tanpa sengaja juga membuat pelbagai sebab dan alasan untuk terus ada ditempat yang kita tak diiginkan.

"mari kita tamatkan saja perbincangan ini Freen.."

Becca terus bangun melangkah pergi meninggalkan Freen disitu dan P'nam,Heng,Vin dan Irin yang balik semula kerumah melihat Becca yang berjalan pergi menuju biliknya buat Irin terus mengejar Becca yang pergi menuju bilik dengan wajah yang menangis dan P'nam pun terus masuk kerumah dekati Freen yang masih duduk di meja dapur rumah.

"Freen kau okey tak?"

Freen pun mengusap air matanya dan bangun untuk pergi tiba-tiba badannya yang lemah tidak mampu mengawal badannya itu terus pengsan dengan cepat P'nam menyambutnya dan memanggil Heng untuk membantu.

Becca terduduk memeluk kakinya rapat menunduk kepalanya masih didalam tangisannya buat Irin mendekatinya dengan rasa ingin tahu apa yang berlaku antara dia dan Freen semasa ketiadaan mereka.

"apa yang berlaku ni..Bec?"

"selama 10 tahun kami berpisah..saya tak pernah baik-baik saja..tapi apa yang aku nak buat?  kalau pun aku katakan adakah itu akan mengubah apa-apa sekarang?"

"jadi..kalau kau tak apa-apa, kenapa kau putuskan hubungan kau dan Freen 10 tahun yang lalu"

"aku memutuskan supaya tiada diantara kami patut disakiti didalam hal ini"

"apa maksud kau ni Bec? kau lupakah bagaimana perjuangan kamu berdua selama ini dan putuskannya hanya kerana akan menyakiti orang didalam perhubungan kamu sedangkan kau dan Freen yang banyak terluka sekarang..dan apapun itu tak bolehkah kau hanya menjadi orang yang lebih pentingkan diri sedikit saja demi kebahagian kamu berdua"

"tapi macam mana?"

"macam mana apa? teruskanlah mencintai dia seperti dia mencintai kau..memperdulikan orang lain tapi kamu takkan mendapatkan apa-apa darinya buat apa teruskannya dan jika kesakitan ini yang kamu dapatkan sekarang kenapa masih pertahankan hal yang takkan membahagiakan kamu jadi berhenti jadi bodoh dan hadapilah realiti kamu berdua saling masih mencintai dan teruskan saja tanpa ada rasa takut dengannya.."

Irin pun mengangkat wajah Becca dan mengelap air matanya buat Becca terus memeluk Irin dengan erat semakin menangis didalam pelukannya..Irin pun mengeratkan pelukkannya pada Becca menepuk-nepuk belakangnya lembut dengan keluhan didalam hatinya.

Freen pun dibaringkan kedalam biliknya dan panas badannya mula naik membuat P'nam menjadi panik dan cuba menurunkan suhu panas badannya dengan memanggil doctor tempatan dikawasan itu untuk memeriksa keadaan Freen.

Mendengar Freen yang pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga doctor yang dipanggil datang ke rumah anak yatim mereka membuat Becca terkejut mengusap air matanya dan pergi ke bilik Freen dan melihat Freen terbaring tidak sedarkan dirinya dan berpeluh-peluh didalam menahan kesakitannya.

Melihat Becca yang ada disitu melihat keadaan Freen dengan tangisannya membuat P'nam menariknya keluar ke laman dengan pandangan marah padanya.

"ini yang kau mahukan.."

"P'nam.."

"sekarang beritahulah..dan jujur dengan aku sebenarnya apa tujuan kau dengan dekati Freen semula? kalau tujuan kau nak terus buat dia disakiti dan melupakan kau dengan cara ini aku rasa kau sudah berjaya jadi hentikannya Bec saya merayu dengan kau"

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now