Chapter 30 : A Change

196 16 2
                                    

Sebuah perubahan membawa kita kepada sebuah peluang untuk merubah kesalahan menjadi perubahan kerana kita tahu kata maaf takkan mampu mengubah seseorang untuk memaafkan kesalahan kita namun itulah kenyataan.

Puan Nun,Puan Rawee dan Nin yang berada di hospital tempat bilik Becca dirawat melihat berita tentang serangan yang berlaku di Bangkok dan Chiang Mai daripada sekumpulan orang berhoodie putih kerana dendam terhadap keluarga Chankimha.

Freen sedar sehari selepas kejadian dan walaupun sukar untuk bergerak namun diri seorang bodyguard didalam dirinya membuat dia menguatkan dirinya dan bangun dan pelahan-lahan didalam proses penyembuhannya dan mula bergerak ke bilik rawatan tempat Pyta dirawat namun Pyta yang belum sedar membuat Freen sedikit rasa bersalah melihatnya.

"Freen apa kau buat disini?"

Tegur detective Jit dari menemui doctor melihat Freen yang keluar dari bilik rawatan Pyta masih memakai baju hospital dengan membawa air Dripnya bersama dengan tangan kanannya dan tangan kirinya yang masih berbalut kemas yang belum sembuh kerana patah selepas kejadian itu menyapa Detective Jit dengan ramah.

"saya melawat Pyta..bagaimana keadaan dia?"

"kecederaan dia memberi kesan pada tisu kulit dekat dengan buah pingangnya jadi dia memerlukan rawatan lanjut dan menunggu sehingga dia sedar"

"yakah.."

"kau risaukan dia sedangkan dia juga salah seorang dari penyerang yang menyerang kamu dan Cik Becca?"

"walaupun begitu..dia cuma jadi begitu kerana dendam dan tak puas hati pada kehidupan yang dia dapat selepas dihancurkan kepercayaan daripada manusia tamak dan sebabnya juga berpunca daripada keluarga saya itulah kenyataannya..kesian? tidak ianya adalah salah satu saya boleh buat selain kata maaf kerana kata maaf takkan mampu melupakan penderitaannya mereka"

"ya apa yang kamu katakan ada betulnya,maaflah saya berfikir sejauh itu"

"Tuan tak salah itu memang lumrah manusia,terus jaga dia sehingga dia sedar Tuan dan macam mana dengan perkembangan penyiasatan?"

"kebanyakkan mereka masih ada yang berdegil tapi setengah sudah ada yang mengaku dan menerima hukuman dan di Chiang Mai semua telah mengaku kesalahannya kerana bukti kuat daripada pengakuan Tuan Pisit"

"baguslah kalau macam tu..terima kasih Tuan"

"terima kasih apa..kami yang patut berterima kasih dengan kau dan keluarga kau yang banyak membantu dalam kes ini"

Becca pun mula sedar pelahan-lahan membuat Puan Nun,Puan Rawee dan Nin gembira melihatnya namun Becca yang bangun itu mulanya didalam keadaan yang lemah tiba-tiba mengingat kembali kejadian tersebut dan mula teringat pada Freen membuat bangun dengan panik yang belum sempat menyapa ibunya dan Nin itu terus mencari Freen.

"Bec..bertenang,Freen tak apa-apa dia cuma.."

"cuma apa?"

Belum sempat Puan Nun menjawab Freen muncul dengan masuk ke bilik rawatannya dengan menyapa mereka semua dan tersenyum pabila melihat Becca yang sudah sedar itu membuat Becca terus bangun dengan kalam kabutnya membuka jarum pelekat ditangannya terus berlari memeluk Freen dengan tangisannya.

Freen yang hairan akan hal itu bertanya pada Puan Nun,Puan Rawee dan Nin dengan percakapan tanpa suara membuat mereka hanya angkat kedua tangan dan bahu mereka kerana mereka pun tidak tahu apa-apa tentangnya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now