Semua orang mempunyai masa lalu dan kehidupan yang lepas yang takkan mampu kita hapuskan ataupun mengubahnya dan terkadang masa lepas yang kita telah lupakan membawa kita kembali kepada kehidupan dimana kita ditawarkan dengan peluang untuk memperbaikinya.
Freen melihat pada telefonnya yang dihubungi oleh satu nomber yang tidak dikenali membuatnya cuba menghubungi namun panggilan itu masuk peti mailbox membuatnya terfikir tentang Becca dan hubungi Nop tentangnya.
"apa?"
"adakah semuanya baik-baik saja disana?"
"tentulah..jangan risau saya sentiasa menjaga Cik Becca sebaik-baik seperti yang kau ajarkan tapi.."
"tapi apa?"
"mungkin fikiran saya saja..tapi beberapa hari ini sepertinya ada kereta pelik yang selalu mengikuti kami"
"pastikan semuanya selamat dan jangan lalai dengan semua keadaan jika ada yang pelik beritahu P'nam dan Heng segera faham"
"ya baiklah. dan ohh ya adakah Cik Becca hubungi kau?"
"apa? hubungi aku?"
"Cik Becca meminta Nomber kau baru-baru ini dan mungkin dia ada hubungi kau"
***
Freen mula membuat kerjanya dengan menyiasat semua perkara disitu dengan lebih teliti sehingga Freen tidak sedar malam sudah larut membuatnya mula bangun dan mengeliatkan badannya yang seharian penat berkerja itu.
Setelah menutup tingkap di bilik Freen mula membersihkan dirinya setelah itu cuba berehat sekejab sehingga membuatnya tertidur dan termimpi sesuatu yang pelik tentang dua budak yang tidak asing padanya namun memimpikan dirinya terikat itu membangunkan dirinya didalam keadaan ketakutan mengingat hal itu kembali.
Kerana mimpi itu menganggu Freen membuatnya mula keluar dari biliknya untuk mengambil angin dan menuju ke kuil untuk sembayang sebelum meninjau sekeliling kuil dengan lampu suluhnya dan kemudian mendengar bunyi yang pelik dibelakang stor dan menemui dua lelaki didalam gelap sedang bergaduh.
Lelaki itu terhenti menyerang pada Freen setelah satu serangan Freen berikan padanya membuat dia sangat kenali gerakkan itu dan bangun membuka Mask di mulutnya mendekati Freen didalam gelap itu dan cahaya malam memancar pada wajahnya dilihat oleh Freen membuatnya pelahan-lahan seakan mengenal orang itu tapi tidak mengingatinya.
Tidak lama itu..Vin yang muncul disitu membuat mereka terkejut melihat pada Vin, Vin yang melihat lelaki asing itu cuba menyerang lelaki itu tapi dihalang oleh Freen tenangkannya dan ketua sami yang datang menghentikan kami dan menyuruh kami masuk ke dalam Kuil.
Lelaki itu mula memberi hormat pada Ketua sami dan mula selesakan dirinya dengan membuka Mask dan jaket labuhnya dan menampakkan badannya yang sado dengan tuxedo dia pakai mula duduk di kusyen yang telah disediakan.
"saya pernah jumpa kamu sebelum ini..walaupun kamu menutup mulut kamu mata kamu saya boleh cam"
"maaflah jika kehadiran saya menyusahkan ketua sami..nama saya Pit, saya cuma diperintahkan seseorang untuk menyiasat terutamanya salah satu pekerja kamu disini dan kebetulan saya menemui seseorang yang saya kenal"
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Dragostemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...