Chapter 39 : Our First Step To Back Together..

190 14 1
                                    

Kita tidak melangkah untuk menamatkan sebuah hubungan tapi kita melangkah untuk terus maju kedepan dan mencari alasan untuk kembali semula..kerana merasa tiada alasan kita membuat alasan untuk terus melihat diri masing-masing dengan membuat alasan untuk terus bersama walaupun ianya hanya alasan yang kecil.

Freen terus membawa Becca sehingga sampai kerumahnya barulah Freen sedar yang dia dari tadi telah memaksa Becca dengan memegang tangannya dengan erat mengikutinya sehingga mereka sampai dirumah dan pelahan-lahan Freen mula melepaskan pegangannya.

"nak minuman tak?"

Tanya Freen dengan nada pelahan melihat pada Becca yang sudah melihatnya dengan wajah geram mengeluh didalam hatinya.

"boleh tak kau jelaskan sekarang ni?"

"apa?"

"kau masih nak cuba mengelak lagi kah Freen.."

Freen hanya diam duduk di sofa ruang tamunya dengan mengosok-gosok telapak tangannya pada pahanya mengelak melihat pada Becca yang berdiri melihatnya itu.

"kau tunggu disini..kita belum selesai bercakap"

Becca mengambil telefonnya dan menghubungi seseorang yang dia tidak dapat hubungi dari tadi sehingga akhirnya dia menghubungi Irin dan beritahu segalanya tentang apa yang terjadi hari ini.

Setelah selesai bercakap didalam telefon Becca pun dekati Freen semula yang masih duduk di sofa bermain dengan milktea sambil membaca buku buat Becca cekik pingang melihat padanya.

"apa?"

"kau rasa ini masanya untuk kau baca buku kah?"

"jadi aku patut buat apa?"

Becca yang geram pun dekati Freen dan cuba merampas buku yang Freen baca dan sehingga berlaku pergelutan diantara mereka dan milktea yang tidur disebelah hanya melihat pergelutan kecil mereka.

Pergelutan mereka terhenti pabila buku yang Freen pegang terjatuh belakang sofa dan posisi Becca di atas badan Freen membuat keduanya saling berpandangan dengan terkejut barulah mereka sedar dan kembali pada posisi mereka duduk ditempat masing-masing sambil mengelak melihat satu sama lain.

"apapun bagi aku sebab kenapa kau mesti pilih aku sebagai pembantu kau untuk permintaan ini dan kenapa kau setuju dengan permintaan ketua Tharn?"

"saya ada sebab sendiri dan aku taknak orang tak dikenali menjadi setiausaha didalam memenuhi permintaan ini serta sebabnya kau orang yang dia minta tentang perkara ini dan hanya kau kenal aku macam mana itulah sebabnya."

"saya sudah kehilangan akal sekarang ni? macam mana saya seorang peguam tiba-tiba jadi setiausaha kau pula hanya permintaan demi permintaan peminat setia kau"

"nanti kita akan bincangkan hak ini lagi..kau patut balik sekarang malam dah semakin gelap"

Kata Freen sambil bangun barulah Becca sedar yang malam sudah menjelang dan ingin pergi dan risau malam yang semakin gelap namun tiba-tiba Freen menahannya menarik tangannya buat mereka berpandangan lagi sekali.

Puan Rawee yang duduk santai di laman luar rumahnya bersama anjing kesayangan mereka bonbon melihat sebuah kereta memasuki perkarangan rumah mereka membuat Puan Rawee mengenal kereta itu bangun melihatnya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now