Chapter 9 : Reason To Me Not Hate You..

229 16 2
                                    

Perasaan marah kita membuat kita terkadang telah membuat orang salah faham terhadap kita namun dengan perasaan yang marah kita tak tahu macam mana nak katakan selain 'saya tak tahu nak katakan perasaan sekarang ini dan itu menyebabkan aku marah'..

"sampai bila kau nak buat dia macam tu?"

"apa dia?"

"jangan nak buat tak tahu..kenapa kau mesti buat macam ni dekat Becky kau sendiri kata dia adalah Becky kenapa kau tak beritahu dia saja"

"mungkin aku yang silap..dia bukan Becky kita kenali lagi tapi orang yang lain hanya berupakan dia"

"kau bodoh! kalau bukan dia kau takkan marah macam ni sekali"

Kata P'nam pada Freen yang mengejarnya turun ke bawah untuk pergi itu dan membuat mereka saling berpadangan menampakkan tekaan di wajah masing-masing yang tak mahu mengalah itu.

"ahh patutkah saya datang lain kali"

Kata Vin berada di pintu yang datang pabila melihat P'nam dan Freen didalam keadaan tegang sedang bercakap sesuatu yang serius dan takut menganggu mereka.

"tak payahlah..apa kata kau cuba pujuk teman wanita kau ni jadi orang yang lebih berperikemanusian sedikit"

"Hey dia bukan teman lelaki saya lah"

Kata Freen dengan wajah tanpa riaksi itu pergi di kejar oleh Vin daripada belakang dan langkahnya yang kalam kabut mengejar Freen itu terhenti pabila Freen yang tiba-tiba berhenti dan melihatnya dengan padangan tajam Buat Vin merasa takut.

"kenapa kau datang?"

"saya dapat sedikit maklumat tentang kes 20 tahun yang lalu itu kau nak dengar tak?"

Vin berkata sambil lihatkan fail yang dari tadi dia pegang itu sambil tersenyum padanya, akhirnya kami pun berhenti duduk di sebuah cafe dan Vin mula berikan fail itu pada Freen untuk melihatnya.

Nama Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong pun tertulis disitu yang mengejutkan Freen terus melihat pada Vin dengan hairan tentangnya.

"nama ni..?"

"hmm betul..Tuan Chankimha merupakan pemilik syarikat Brain N Company dan juga merupakan ketua mafia serta Tuan Armstrong adalah seorang pegawai menteri yang mewakili sebuah nama didalam bidang politik mereka adalah kawan baik tapi selepas kes ini senyap mereka pun seakan hilang seperti kes ini juga."Jelas Vin padanya.

"jadi maksudnya anak mereka lah yang di culik 20 tahun yang lalu?"

"betul, dan apa yang saya rasa anak mereka masih hidup dan kemungkinan ada disekeliling kita"tambah Vin menjelaskan tekaannya sambil melihat pada Freen dengan perasaan resah memikirkan sesuatu.

Hal itu membuat Freen berfikir panjang didalam fikirannya apa lagi setelah mengetahui tentang trauma Puan Nun yang diceritakan Tuan Chankimha tentang kehilangan anak kandung mereka telah memberi kesan yang amat menyedihkan bagi keluarga mereka.

Setelah sampai di rumah Tuan Chankimha dan kesunyian rumah itu sedikit menghairankan Freen dan pelahan-lahan masuk dengan melihat kedalam tiada satu pun berada didalam sehingga satu bunyi dari belakang rumah membuat Freen masuk menuju ke area belakang dan melihat Puan Nun yang duduk sambil menikmati coffeenya dan mengubah bunganya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now