Mencintai seseorang terkadang tidak perlukan sebab kerana terkadang cinta saling melengkapkan hanya dengan berada disisi satu sama lain dan cinta juga sudah cukup hanya dengan kita ada untuk satu sama lain.
Freen dan Becca sampai di hospital dan bertemu dengan Detective Jit dan berikan salam padanya dan Freen kenalkan Becca padanya membuat dia tersenyum sambil membalas salam Becca dengan mesra.
"apa yang berlaku..sejak bila Pyta sedar?"
"sehari sebelum kamu berdua keluar dari hospital dia sudah sedar tapi didalam keadaan yang lemah jadi doctor suruh kami untuk biar dia berehat tapi esoknya selepas sahaja kamu balik dia sudah hilang dan tak tahu kemana dan tinggalkan ini untuk kamu berdua"
Detective Jit berikan nota yang ditinggalkan Pyta yang bertuliskan nama mereka berdua membuat Freen dan Becca saling melihat satu sama lain, Freen pun berikan pada Becca untuk membaca surat itu dengan duduk di ruang menunggu dekat loby sementara Freen berbincang dengan Detective Jit tentangnya.
"saya tak perlukan sebab untuk menyerah atau rasa bersalah sebab saya tak salah sebab kami, hanya membalas pada hak kami yang telah dirampas..dan saya tak perlukan belas kasihan dari kamu berdua dan saya masih tetap dengan perasaan saya yang sama walaupun Freen adalah anak Tuan Chankimha"
Becca mengeluh dengan wajah lemahnya melihat pada Freen yang tengah bercakap dengan detective Jit membuat Freen perasaan akan padangan Becca itu terus mendekati Becca duduk ditepinya.
"kenapa? dia yang dia tulis?"
Becca berikan surat itu dengan wajah yang sedikit menyampah dan mengeluh sekali lagi buat Freen hairan hanya mengambil surat dan membaca.
Selesai membaca surat itu membuat Freen cuba untuk tenangkan dirinya melihat pada Becca yang sudah melihatnya dengan wajah dan pandangan yang tajam.
"nampaknya dia masih dengan perasaannya yang takkan berubah dan cuba mengambil buah hati saya pula"
"tapi nak buat macam mana..kalau hati saya hanya untuk kau seorang"
Balas Freen dengan senyuman mengangkat keningnya dan pergi sempat mengusap kepala Becca dengan manja pabila detective Jit memanggilnya.
"kami akan maklumkan lebih lagi sekiranya kami mendapat khabar tentang Pyta dan kau jangan risau tentangnya dan semuanya akan baik-baik saja"
"baiklah..terima kasih Tuan"
Freen kembali masuk ke kereta setelah selesai bercakap dengan detective Jit dan melihat pada Becca yang diam tanpa kata disitu bermain dengan mengigit bibirnya dan mengeluh sehingga menampakkan pipinya yang mengembung membulat dengan comel kerana keluhannya membuat Freen memegang dagunya memusingkan mendekati bibirnya.
Ciuman singkat Freen berikan dengan menaikkan keningnya itu melihat pada Becca yang terkejut akan tindakan Freen itu membuat wajah terkejut Becca dan mata berkelip-kelip melihat padanya.
"itu untuk apa?"
"bukan kah kau merajuk tadi..? sebab..Pyta?"
"hanya itu..?hanya kerana aku merajuk sebab seorang perempuan cuba memikat kau dan kau cium aku hanya itu"
"ahh..ya"
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...