Chapter 10 : Enchanted

248 14 1
                                    

Semua orang pasti mempunyai satu memori tentang berjumpa dengan sesorang tanpa sengaja yang pelahan-lahan hal itu buat kita selesa dengannya dan mewujudkan sebuah perasaan sayang dan cinta dan setiap orang pasti akan merasa dan mendapatkan hal yang sama dengan cara yang berbeza kerana setiap pertemuan mempunyai takdir tersendiri.

Bunyi bising di laman belakang rumah Tuan Chankimha mula membuat tidur Becca pagi itu terganggu dan akhirnya terbangun secara paksa dan dengan belum sepenuhnya membuka matanya itu terus turun kebawah dengan langkah mamainya  menegur Nin dan pembantu yang lain berada di taman belakang kerana menganggu tidurnya.

Melihat Cik muda mereka yang datang dengan baju tidurnya rambut yang berserabut dengan masih mata yang tidak terbuka luas itu mengejutkan mereka buat Nin terus berlari mencapai selimut di kerusi terus menutupi Cik mudanya itu.

"hey Nin kenapa ni.."

Katanya yang masih tak sedar akan Freen yang ada disitu membantu mereka membersihkan laman belakang kerana Puan Nun yang keluar kerana aktiviti persatuannya.

"cik muda cuba pelahan-lahan buka mata dan lihat siapa disini?"bisik Nin padanya.

"apa"

Becca mula mengosok matanya pelahan-lahan dan membukanya semula dan wajah Freen terus kelihatan jelas di matanya melihat dengan wajah terkejut membuat dia terkejut dengan tercungap-cungap disitu membuat dia terus menutup mata dan berlari kecil yang dikejar Nin dengan selimut itu naik bersama ke biliknya.

Beberapa minit kemudian Becca turun semula dengan seluar pendeknya paras lutut dan t-shirt putihnya dengan mengelak melihat pada Freen itu membawa dulang dengan minuman untuknya minum dan berehat itu.

"minum dulu..cuaca tengah panas ni"

Kata Becca pada Freen yang berhenti membuat kerjanya mendekatinya dengan minum airnya itu dengan satu tegukan dan mengipas badannya itu dengan bajunya dengan duduk melihat pada Becca dengan tersenyum-senyum sembunyi kerana kejadian tadi terasa lucu bagi Freen.

"apa kau buat awal pagi ke sini dan bukankah hari ini kau sepatutnya cuti?"

"Puan Nun meminta aku datang untuk membantunya"

"apa..mak, tolong apa?"

"Puan minta tolong Freen untuk bersama bersihkan laman belakang sebab Puan ada aktiviti dengan persatuan hari ini Cik lupakah?"

Balas Nin beritahu pada Cik muda nya itu tentang jadual ibunya itu hari ini membuat Becca baru teringat tentangnya dan tersengih sambil mengaru kepalanya tentangnya buat gelagat comelnya itu buat Freen tersenyum sembunyi tapi hal itu dilihat Becca.

"apa..apa yang buat kau tersenyum-senyum tu ahh"

"tak ada"

Freen yang mengelak dengan bangun dan pergi menyambung kerjanya semula itu dikejar oleh Becca dan adengan kejar mengejar mereka sehingga bermain air kolam membuat semua orang menjadi mangsa kebasahan dan akhirnya membersihkan laman itu bersama-sama.

Setelah selesai Nin membawa kami ke ruang persalinan untuk mengambil tuala untuk kami dan yang lain dapat bersihkan diri itu dan Nin berikan satu pada Freen satu terus dekati Becca yang duduk bersihkan rambutnya kerana rambutnya yang basah dan pelahan-lahan menutupi mukanya membuat Freen tergelak kecil kerana merasa lucu itu.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now