Chapter 25 : Mistakes That Need To Be Change..

222 15 9
                                    

Lelaki misteri itu masuk dan melihat Tuan Chankimha dengan senyuman dan keluhan sebelum mengeluarkan picagari daripada kot doctor yang dia pakai dan ingin menyuntik didalam air drip Tuan Chankimha namun tiba-tiba..

Bunyi pintu ditutup daripada ruangan rawatan Tuan Chankimha membuat lelaki itu hentikan tindakkannya dan melihat dari sisi matanya seseorang masuk disitu melihat tepat padanya.

"jadi..siapa kau dan siapa yang upah kau buat semua ini?"

Lelaki itu tersengih dan meletakkan semula picagari miliknya di poket dan menoleh ke arah Tuan Armstrong..

"macam mana Tuan boleh percayakan orang seperti dia sedangkan dia sudah banyak melakukan kesalahan pada orang lain dan menderita kerana perbuatannya."

"bukankah itu wajar..seorang manusia melakukan kesalahan, jika seorang manusia tidak melakukan kesalahan dia bukanlah manusia"

"tak guna! berhentilah jadi hipokrit..apa Tuan tahu tentang penderitaan orang lain, kawan kau yang tak guna ni hancurkan kami semua tanpa belas kasihan sedikit pun"

Belum habis perbicaraan antara kedua mereka doctor yang sepatutnya membuat rutin memeriksa masuk membuat lelaki tadi mengeluarkan pen untuk mempertahankan dirinya untuk dapat keluar daripada situ.

"kau doctor bahagian mana?"

Tuan Armstrong yang tahu apa lelaki itu akan lakukan dan tak mahu lelaki itu cedera sesiapa membuat dia berikan alasan pada doctor tersebut dan akhirnya menyuruh lelaki itu pergi dan Tuan Armstrong yang meredakan nafas leganya keluar dan beberapa minit Pit pun muncul dengan kalam kabut mendekati Tuan Armstrong.

"Pit"

"Tuan..Tuan tak apa-apa?"

"tentang apa?"

"saya dengar ada lelaki misteri yang masuk cuba menyerang Tuan dan Tuan Chankimha"

"Jangan risau tiada apa-apa yang berlaku..macam mana dengan anak-anak kami semuanya okeykah?"

"itulah juga sebab saya datang ke sini Tuan"

"kenapa?"

Pit membawa Tuan Armstrong ke cafe di hospital setelah memperketatkan penjagaan luar dan dalam bilik rawatan Tuan Chankimha dan memberikan secawan coffee untuk Tuan Armstrong dan duduk bersama disitu.

"baru-baru ini juga Cik Becca juga diserang oleh orang tidak dikenali tapi nasib baiklah Cik Becca tidak apa-apa dan dengan cepat juga saya dan Freen kembali ke bangkok masa itu."

"jadi adakah kamu temui siapa penyerangnya..?"

"Tuan jangan risau Freen seorang Professional sebagai seorang bodyguard yang terlatih menjaganya dan memiliki kawan-kawan yang hebat didalam kerja sebegitu dan pastinya Freen akan menjaga Cik Becca dengan sebaiknya"

"sebelum itu..macam mana kamu tahu yang Freen dan Becca adalah anak kami?"

"mungkin sebenarnya merekalah yang menemui satu sama lain tapi mereka tidak mengenal satu sama lain disebabkan mereka mengalami amnesia selepas kejadian penculikan itu senang dikatakan mereka memang sudah ditakdirkan."

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now