Chapter 34 : Love Never End..

169 17 2
                                    

Kita tak tahu bagaimana dan macam mana sebuah perpisahan telah membuat kita berjarak sebegini jauhnya tapi apapun alasannya..saya tetapkan didalam hati dan percayakan dengan hanya mencintaimu secara diam-diam sudah cukup sama ada kau tahu ataupun tidak.

Ketukan di pintu utama rumah P'nam mengejutkannya di tengah malam di hujan yang lebat namun tanpa memikirkan apa-apa hanya membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat Freen yang didalam basah kehujanan itu didepan pintunya.

"Freen.."

"maaf..saya tak tahu nak pergi mana selain disini?"

P'nam terus memanggil Heng meminta tuala dan membawa Freen masuk kerumah mereka didalam kerisauan P'nam melihat pada keadaan Freen dan banyak pertanyaan yang ingin dia tanyakan namun dia tanamkan didalam hatinya dan memastikan keadaan Freen membaik dulu.

Setelah beberapa minit keadaan Freen sudah membaik dan P'nam berikan segelas air panas dengan melihat padanya yang duduk menyandar di sofa dengan wajah penuh kesedihan diwajahnya.

"apa yang berlaku ni?"

"saya jumpa Becca..dan hubungan kami dah berakhir"

"apa?"

P'nam yang terkejut mendengar itu melihat pada Heng yang juga terkejut mendengar itu.

"apa yang berlaku? kenapa tiba-tiba jadi macam ni pula?"

"saya pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya..tapi begitulah yang terjadi..Becca akhirnya telah putuskan hubungan kami"

Air mata Freen kembali menitis membuat P'nam yang tidak mampu menahan emosinya ikut bersedih dan menangis memeluk Freen untuk tenangkannya.

Sementara itu, Becca yang masuk kerumah juga menangis didepan pintu rumahnya terduduk disitu sambil menutup wajahnya dengan kedua tangannya..Puan Rawee melihat keadaan anaknya itu dia dekati untuk memujuknya dengan pelukkan dilihat oleh ayahnya Tuan Armstrong dari belakang.

***

10 tahun kemudian...,

Krung Thai Art Gallery hari ini telah membuat satu pameran aesthetic dan mempamerkan sebuah lukisan daripada seorang pelukis terkenal yang dikenali sebagai 'Tulip' ataupun nama sebenarnya Freen Sarocha Chankimha yang mendapat sambutan ramai orang dengan lukisannya yang unik dan seakan hidup terutama lukisan dua kanak-kanak yang berada di sebuah taman yang sedang menanam tanaman bunga-bunga yang cantik.

Lukisan itu menjadi rebutan ramai orang namun Freen yang tidak menjualnya membuat hal itu ramai orang yang datang menemui P'nam sebagai setiausahanya untuk dapat memujuk Freen untuk menjual lukisan itu pada mereka dengan seharga berapa sahaja mereka mahukan.

Namun pujukkan duit dan keinginan mereka untuk memiliki lukisan itu tidak di endahkan oleh Freen dan kedegilan Freen yang P'nam kenali itu membuat dia menolak sebanyak mana permintaan orang-orang yang datang padanya menawarkan harga yang tinggi untuk membeli lukisan itu padanya.

Akhirnya pameran itu telah tamat setelah dibuka kepada pengunjung selama 3 jam dan Freen muncul daripada bilik menunggunya dengan baju t-shirt putihnya dengan jaket hitam pendek hingga pingangnya dan baju t-shirt putihnya yang bahagian bawah terlipat kemas di seluar hitam yang panjang memakai kasut sneakers duduk di kerusi dalam gallery yang tersedia disitu didekati oleh P'nam dengan wajah keluhannya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now