Chapter 28 : Wrong Person

170 15 3
                                    

Pyta kembali menemui kawannya di atas bumbung University yang menyambutnya dengan tersengih seakan mengertawakannya kerana apa yang berlaku kelmarin tentang dia dan Becca bagaimana Becca membalas padanya tentang dia menyebarkan hubungannya dengan Freen membuat Pyta merasa geram dan menendang besen padanya lelaki itu hampir terkena padanya.

"saya guraulah tak payah nak serius sangat."

"keadaan sekarang kau masih boleh tertawakan aku kah?"

"jadi..apa yang kau nak buat sekarang?" 

"kalau aku cakap kau boleh bantu aku kah?"

"beritahulah..selagi itu mencapai tujuan kita kenapa tidak"

***

Becca yang duduk dibangku taman di kawasan rumah setelah penat berjogging didalam kawasan rumahnya dan memikirkan tentang percakapan antara Freen dan Ibu kandungnya Puan Rawee malam itu membuat dia mengeluh berat memikirkannya.

Setelah meneguk air mineralnya Becca mula bangun untuk balik semula ke rumah namun langkah cepat seseorang dari belakangnya terus memukul tepat belakang kepalanya membuat Becca terus pengsan disitu dan lelaki yang menyerangnya itu memakai Hoodie putih membuka kepala Hoddienya pabila melihat Van putih berhenti tepat didepan matanya melihatnya.

Beberapa orang yang juga berHoodie putih keluar daripada Van itu dan mengangkat Becca masuk ke dalam Van itu dan lelaki yang memukulnya itu melihat pada seseorang didalam Van yang membuka kepala Hoodienya.

"apa seterusnya.."

"bawa dia ke tempat kita telah tetapkan..dan pastinya Freen akan tahu dimana nak cari dia"

Lelaki itu melepaskan pegangan pada Van itu dan ditutup lalu pergi begitu juga dengan lelaki itu sambil menghubungi seseorang disitu.

Freen mula terbangun dari tidurnya dan melihat Becca sudah tiada ditepinya dan mula bangun mengeliatkan badannya mula turun ke bawah mencari Becca menyapa Nin yang berada di dapur bertanyakan tentang Becca padanya.

"apa? bukankah Cik Becca masih tidur lagi"

Kata-kata Nin membuat Freen kembali ke biliknya dan melihat semua barang di bilik dan perasaan akan baju olaraganya tiada membuat Freen dengan cepat mencapai jaketnya keluar mencari Becca disekitar taman dan kawasan rumahnya.

Namun percarian Freen gagal dan tidak menemui jejak Becca dan berehat membetulkan pernafasannya di kawasan taman dan menemui botol minuman bekas yang pelik membuat Freen semakin merasa ada yang tak kena dan mula menghubungi telefon Becca namun tidak dijawab.

Freen kembali kerumah disapa Nin,Puan Nun dan Puan Rawee yang diberitahu Nin melihat Freen yang panik kerana Becca yang hilang secara tiba-tiba dan melihat wajah kusut Freen membuat mereka hairan.

"kenapa ni Freen? mana Becca?"

"sekejab"

Freen menarik nafasnya dan terus menghubungi Heng dan memberitahu tentang Becca yang hilang dan menyuruhnya mengaktifkan GPS yang sudah dia letakkan di telefon Becca dan cuba mengakses lokasi Becca sekarang namun memerlukan masa.

"Freen.."

Panggil Puan Nun kembali pada Freen barulah dia menoleh melihat pada Ibunya dan Puan Rawee dan Nin yang juga melihatnya dari dapur rumah mereka.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now