Cinta satu ungkapan yang senang untuk dikatakan namun menjalani sebuah hubungan cinta itu terkadang lebih sulit berbandingkan tidak menjalani sebuah kehidupan tanpa cinta.
Freen dan Becca pun duduk di sofa dengan perasaan takut-takut dan meremang melihat cara Puan Nun dan Nin yang melihat pada mereka duduk berhadapan dengan mereka untuk berbincang tentang apa yang berlaku diantara mereka.
"baiklah..sekarang ceritalah, tak perlu nak berbasa basi beritahu segalanya sekarang..ada apa dengan kamu berdua?"
"kami.."
"kami sedang bercinta ibu..Nin"
Kata Becca pada Puan Nun dan Nin dengan yakinnya menjawab soalan Ibunya dan Nin kerana melihat Freen susah untuk menjelaskan kepada mereka berdua mendengar jawapan daripada Becca itu buat Freen tersengih..
"siapa dulu yang cakap?"
"sepatutnya saya tapi.."
Freen melihat pada Becca ditepinya dan tersenyum..
"apapun..saya yang cakap dan lamar dia sebagai teman wanita aku"
Kata Freen menjawab dengan yakin tersenyum pada mereka berdua yang saling berpandangan akhirnya tersenyum membalas pada mereka.
"baguslah..jadi tak sia-sialah saya bagi kau nasihat hari itu kan?"
sambil Nin melihat pada Freen dengan menaikkan keningnya mengoda Freen buat Becca melihat pada Freen dengan hairan tentangnya.
"nasihat apa tu?"
Tanya Becca yang ingin tahu tentangnya..namun Puan Nun memecahkan keadaan itu..
"kalau kamu berdua sudah putuskan hal ini Ibu nak kamu betul-betul sedia hadapi kenyataan diluar dan cara pandangan mereka pada hubungan kamu berdua nanti."
"baiklah..kalau macam tu rasanya saya patut sediakan makan tengahhari dan ini masanya kamu berdua berbincang dengan Puan sebagai Ibu"
Kata Nin sambil bangun daripada duduknya tersenyum pada Puan Nun lalu pergi ke dapur melihat perangai Nin membuat Puan Nun tersengih terhibur dengan perangainya.
"seperti yang ibu katakan pada Becca sebelum ini sekiranya dia memiliki perasaan suka lebih daripada kawan masa kecil ibu takkan ada halangan selagi itu yang akan membahagiakan kamu berdua tapi berbalik kepada padangan orang lain yang takkan fahami hubungan sebegini banyak benda yang kamu perlu belajar dan untuk pertamanya adalah memperkuatkan perasaan cinta kamu dan berdepan dengan umum mengikut keadaan ada masanya cara kita tak semua orang suka tapi cara melawannya adalah tunjukkan mereka selagi ia tidak membuat mereka kurang selesa tentangnya dan percayalah lama-lama orang lain akan mampu faham yang hubungan kamu ini adalah cinta juga"
"terima kasih ibu"
Becca pun terus mendekati Ibunya dengan pelukan dan melihat pada Freen yang tersenyum memahami kata-kata Puan Nun pada mereka.
Setelah makan tengahhari Freen turun semula setelah menganti bajunya untuk keluar dan Becca yang melihatnya terus mengejarnya ke garaj rumah mereka dengan lajunya.
"kau nak kemana?"
"pergi jumpa P'nam dan Heng..kenapa?"
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...