Chapter 14 : Our Journey Towards Destiny

269 15 2
                                    

 Setiap perjalanan takdir seseorang bergantung kepada diri mereka yang akan mampu menempuhi segala ujian yang diberikan dan setiap ujian diberikan adalah menguji mereka untuk bertahan untuk menempuhinya.

"hantar satu orang kita untuk menjaga dan perhatikan anak buah saya dan kakak ipar saya"

"apa? tapi kenapa Tuan tiba-tiba meminta itu?"

"saya cuma nak cuba percayakan apa yang saya nak percaya apa yang saya fikirkan dan untuk berjaga-jaga sekiranya apa yang saya percayakan itu mungkin saja akan berubah"

"baiklah Tuan..tapi Tuan Chankimha menghubungi saya beberapa kali untuk bertanyakan Tuan."

"jadi..apa yang kamu kata?"

"saya cuma kata..Tuan menemui kawan di Bangkok dan balik segera"

"nampaknya saya kena berikan alasan lagilah"

Tuan Pisit mengeluh sambil menyandar badannya untuk selesakan dirinya sambil menutup matanya untuk berehat setelah merasa penat satu hari itu memikirkan sesuatu yang menganggu fikirannya.

Kereta milik Tuan Chankimha yang dipandu oleh Freen memasuki pintu utama University terus memparking di parking lot dan Freen terdiam didalam kereta kereta kerana masih memakai T-shirt itu membuat dia malu untuk keluar dilihat oleh ramai orang.

Becca yang tahu tentang itu terus keluar dan membuka pintu kereta pemandu dengan memaksa Freen untuk keluar itu walaupun mulanya tidak mahu tapi kerana Becca dia akhirnya pun beranikan diri keluar sambil menutup mukanya.

Pyta yang sudah menunggu kedatangan Becca itu yang juga niat sebenarnya itu menunggu Freen itu akhirnya mendekati kereta milik keluarga Becca yang dipandu oleh Freen dan melihat Becca yang sedang cuba menahan tangan Freen yang menutup mukanya itu.

"sawadee khaa"

Sapaan Pyta pada mereka berdua itu membuat Becca sedikit terkejut dan menutupi Freen dibelakangnya kerana bajunya itu masih kelihatan muka Freen yang tinggi sedikit daripada Becca itu.

"ohh Pyta..kenapa kau disini?"

"menunggu kau dan..apa yang kamu berdua buat ni?"

"tiada apa-apa"

Balas Becca dengan tersengih-sengih masih menyembunyikan Freen dibelakang dengan tersengih pada Pyta.

"boleh saya tahu..siapa?"

Tanya Pyta pada Becca melihat tepat pada Freen yang dibelakangnya itu membuat Becca berundur di tepi Freen dan dapat melihat Freen yang sedang memakai T-shirt lucu dengan Care Bear yang comel itu dan wajah Freen yang pasrah dikenakan oleh Becca itu.

"sawadee khaa..saya Freen pengawal keselamatan Cik Becca"

Freen berkata sambil pelahan-lahan melirik pada Becca ditepinya sedang menahan tawanya itu dan Pyta yang melihat baju T-shirt yang Freen kenakan membuat kawan Becca itu pun pecah tertawakannya dan Becca menahan ditepinya dengan menutup mulutnya dengan tangannya.

Freen pun mendapatkan panggilan daripada Tuan Chankimha setelah Becca masuk bersama Pyta untuk kelas mereka itu sempat melambai pada Freen dan wajah malu-malu Pyta melihat padanya..

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now