Kita pasti pernah merasa sesuatu kenyataan yang tidak akan mungkin kita mampu untuk terima dan begitu juga bagaimana sebuah kehidupan kita hadapi banyak kenyataan yang pahit yang susah untuk kita terimanya namun itulah kehidupan tidak akan pernah sesuai seperti mana yang kita mahukan.
Puan Nun menyampaikan niatnya tentang untuk mengambil Becky sebagai anak mereka yang sedikit mengejutkan Tuan Chankimha yang tidak faham akan kemahuan isterinya yang secara tiba-tiba itu.
Walaupun sempat merasa permintaan itu hanya gurauan namun melihat daripada kesungguhan isterinya setelah memberitahu niatnya membuat Tuan Chankimha mula memikirkan hal itu dengan serius.
Dia pun mula meminta anak-anak buahnya untuk mencari maklumat tentang rumah anak yatim itu dan tentang aktiviti isteri dia berkaitan tentang persatuannya.
***
Becky yang duduk ditaman belakang dengan termenung jauh itu tanpa sedar Freen mendekatinya daripada belakang.
"buat apa?"
Tanya Freen mula mengambil langkah duduk ditepinya setelah mengusap kepalanya dengan manja..namun wajah Becky hanya berikan senyuman singkat membuat Freen hairan tentangnya.
Didalam senyap Becky itu membuat mereka hanya duduk tanpa bercakap apa-apa dan hanya nikmati melihat pada langit malam yang dipenuhi bintang-bintang sehingga Becky bertanya kembali tentang janji Freen padanya yang membuat Freen terkejut memusingkan padangannya pada Becky.
"kenapa tiba-tiba bertanya tentangnya?"
Tanya Freen pada Becky dengan wajah hairan.
"janji dengan aku yang kau akan tunaikan janji itu" kata Becky dengan wajah sedihnya melihatnya.
Masa itu Freen tersedar tentangnya yang Becky tahu tentang pengambilan dia sebagai anak angkat yang membuatnya semakin resah berfikir tentangnya dapat dibaca dari wajahnya.
Melihatnya bagaimana Becky cuba menyorok kesedihan diwajahnya itu..Freen terus mendekatinya dengan pelukan dan tangisan Becky mula kedengaran buat Freen mengusap belakang badannya dengan lembut.
Esoknya..
Freen datang menemui Puan Mae dipejabatnya dan hal itu sedikit menimbulkan pertanyaan pada Puan Mae kerana wajahnya yang sangat serius untuk bercakap sesuatu dengannya.
"apa dia? beritahulah"
"betulkah Puan bersetuju untuk pengambilan becky sebagai anak angkat?"
Tanya Freen sambil duduk mengenggam kedua tangannya dengan erat merasa cemas menunduk mengeluh untuk mengumpul keberaniannya melihat semula pada Puan Mae.
"Freen"
"puan nak saya selalu bersama dengan dia dan jaga dia tapi kenapa puan nak pisahkan kami? saya betu-betul tak boleh berpisah dengannya" kata Freen pada Puan Mae dan air matanya mula mengalir pelahan-lahan.
Melihat Becky yang sudah lena tidur di katilnya itu membuat Freen keluar daripada biliknya dengan keluhan dan duduk dibangku kayu taman belakang rumah.
"saya memang menyuruh kamu untuk menjaga dia dan sentiasa bersama dengan dia, tapi sekiranya orang ini boleh menjadi keluarga yang baik untuk dia bukankah hal itu akan membuat kau gembira juga untuknya"
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...