Chapter 21 : I Was Made For Loving You

220 16 4
                                    

Cinta sudah ditakdirkan disetiap kelahiran kita di dunia ini dan tidak kira siapa pun dia cinta kita telah ada dan hanya menunggunya untuk datang kepada kita dan tidak kira siapa pun dia jika takdir dia tetap akan menjadi takdir cinta kita selamanya..

"ibu..boleh tak minta sesuatu?"

Kata Becca pada ibunya yang duduk di atas katil dan ibunya dikerusi sedang melipat baju-baju Becca gunakan selama di hospital itu dan Puan Nun melihat pada anaknya itu tiba-tiba serius bercakap sambil melihat ibunya.

"apa dia?"

"doctor kata saya kena perlu dijaga dirumah selama penyembuhan dan ubat kena makan dengan teratur kan? jadi..tak boleh kah ibu benarkan Freen tinggal dengan kita sementara sehingga saya sembuh ibu pun tahu dia orang yang kita boleh percayakan untuk menjaga kita dan orang yang saya sangat kenal sejak di rumah anak yatim lagi"

"sebanyak mana kamu kenal dia..? seberapa sayang kau pada dia? adakah melebihi daripada ibu ke?"

"ahh ibu.."

Melihat wajah merajuk ibunya melihatnya membuat Becca terus memeluk Ibunya itu dengan manja dan melagakan wajahnya serta pipinya yang tembam itu memujuk ibunya membuat Puan Nun tersenyum meihat gelagat comel anaknya Becca itu padanya.

"bercakap tentang itu..adakah kamu sayangkan Freen?"

"tentulah kenapa mak tanya?"

Puan Nun leraikan pelukannya dan meletak ke tepi pakaian itu di tepi bawah atas katil Becca dan melihat padanya dengan serius memegang kedua tangan anaknya itu dengan lembut. 

"ibu tanya bukan sayang dia seperti kakak ataupun seseorang yang kamu sudah kenal sejak dulu tapi sayangkan dia dan menyukai dia sebagai seorang perempuan"

"apa? apa yang ibu merepek sebenarnya ni bercakap hal macam tu..kami kan sesama perempuan"

Balas Becca dengan cuba menafikan hal itu walaupun hatinya berkata tidak mengelak memandang pada wajah ibunya itu dengan padangan keliru.

"apa yang kamu ragukan jika itu betul apa yang pentinga adalah apa yang kamu rasakan..cinta tak pernah salah dan siapa pun itu cinta tetaplah cinta"

"tapi ibu.."

Puan Nun pun memegang kedua belah pipi anaknya itu dengan lembut dan tersenyum melihatnya sambil membetulkan rambut depannya yang mengacau padangannya.

"jika kau tanyakan ibu jika izinkan percintaan sebegitu..ibu tak kisah asalkan kamu bahagia dan sebagai ibu cuma nakkan anak dia memilih kebahagiannya daripada apapun jadi percayakan hati kamu dan jangan takut kerana takdir belum berkata tidak pada apapun yang belum terjadi."

***

Selepas makan malam Puan Nun dan Puan Rawee duduk bersantai dibelakang laman dan Nin yang membawa dulang dengan Teh untuk mereka menepuk manja belakang Freen untuk membawakan teh itu untuk mereka buat Freen mulanya hairan namun mengikut saja akhirnya.

"duduklah sekali Freen rasanya ada yang perlu kamu jelaskan pada kami berdua"

"baiklah"

Melihat pada kami bertiga berbincang diluar itu membuat Becca yang memakan buah potong di sofa bersama Nin yang mengupaskan untuknya sedikit hairan dengan melihat keadaan itu dan mula bertanya pada Nin tentangnya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now