Chapter 42 : The End Of Hurt

221 14 3
                                    

Orang pernah berkata bahawa cinta yang selalu nampak bahagia akan sentiasa diuji dengan pelbagai halangan, walaupun begitu jika kita betul-betul saling mencintai tiada apa yang mustahil untuk kita dapat memiliki cinta itu..

Dan ketahuilah satu perkara..walaupun kelihatan tidak masuk akal untuk mempercayai cinta sebegini(sesama jantina) kita tahu bahawa cinta itu ada dan wujud dan nyata untuk dimiliki sesiapapun kerana tuhan menciptakannya untuk semua orang miliki untuk merasa dicintai dan mencintai.

"tapi kan..kenapa kita nak menyorok pula ni?"

Tanya P'nam yang melihat pada sebelah kirinya Heng,Vin dan Irin dengan pandangan tajam namun dengan cepat mereka bertiga mengeleng kepala dan menunjuk pada Bella sebelah kanannya itu dan pabila mereka semua mula melihat tepat pada Bella membuat Bella terus bangun daripada tempat mereka menyorok itu membuat Freen dan Becky yang leraikan ciuman mereka terkejut melihat Bella yang muncul dari semak-semak itu.

"kau buat apa ni..kenapa tiba-tiba muncul dari situ?"

Tanya Freen padanya yang terkejut melihat pada Bella yang melihatnya dengan wajah mengusiknya.

"kenapa? kamu berdua kan sudah berbaik semula kalau aku tak ada disini dan melihat apa kamu buat adakah kamu berdua nak terus bercium disini?"

"apa? kau.."

"baliklah sekarang..dan kamu berdua patut jelaskan sesuatu pada kami semua sebelum kami menerima hubungan kamu kembali"

"penjelasan apa pula ni? dan apa maksud kau 'kami' pula?"

P'nam,Heng,Vin dan Irin pun bangun dari semak setelah Bella berlalu pergi itu membuat Becca dan Freen sekali lagi terkejut melihat mereka muncul dari semak-semak itu.

Sampai dirumah..Bella,P'nam,Heng,Vin dan Irin duduk di sofa yang menunggu Becca dan Freen yang balik itu terus menyuruh mereka berdua duduk dihadapan mereka dengan wajah mereka melihat Freen dan Becca seakan ingin makan orang.

"jadi apa rancangan kamu berdua seterusnya?"

Tanya P'nam pada Freen dan Becca pabila mereka sudah duduk dihadapan mereka..namun Bella dengan cepat hentikan soalan P'nam itu untuk dijawab Freen dan Becca terus bertanya soalan lain pada mereka..

"sebelum kamu jawab itu..beritahu pada kami bermula dengan Becca,beritahu kami sebab kenapa kau putuskan hubungan kau dengan Freen 10 tahun yang lalu?"

Hal itu membuat Becca melihat pada mereka dengan wajah dari senyuman berubah serius untuk jelaskan pada mereka dan melihat pada Freen ditepinya.

"selain dari Tuan Chankimha mendesak kau untuk putuskan hubungan kau dan Freen aku rasa ada sesuatu yang lain disebalik desakkan itu pada kau beritahulah rasanya Freen pun nak tahu sebabnya"

"apapun alasan Tuan Chankimha yang mahukan untuk kami berdua putuskan hubungan ni tapi..alasan sebenarnya cuma satu iaitu keadaan yang telah mendesak aku supaya tidak menyakiti orang disekeliling kami kerana kecaman orang terhadap hubungan kami dan apa yang dikatakan Tuan Chankimha bukanlah masalahnya tapi aku adalah masalahnya yang tak mampu melihat orang yang kami sayangi terluka disebabkan itu dan rela lepsakan orang yang aku paling cintakan"

Becca pun tersenyum setelah menghabiskan kata-katanya dan melihat pada Freen yang juga akhirnya tersenyuman melihat padanya sambil mengenggam erat tangannya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now