Kebenaran apakah yang akan kita mahu ketahui daripada setiap rahsia telah dirahsiakan dan terkadang sebuah rahsia dirahsia adalah sebab pembalasan dan akibat yang kita akan terima lebih sakit daripada mengetahuinya tentangnya.
Malam pun hampir menjelang tengah malam dan ketukkan di pintu bilik Becca membuat dia menyambut Nin yang masuk membawakannya susu untuknya sebelum tidur itu dan melihat Cik muda nya itu sekali lagi membuka kotak perhiasan kecil kesayangannya itu yang isinya adalah gelang daripada bunga matahari yang segar.
Kerana ingin tahu tentangnya Nin bertanya tentangnya kerana sebelum ini pun Cik Mudanya itu sangat melindungi gelang itu seperti sesuatu yang lebih bernilai daripada apapun sehingga Puan Nun berikan satu kotak perhiasan untuk dia menyimpannya.
"cik boleh saya tanya sesuatu?"
"apa dia?"
Nin berganjak duduk di atas katil Becca duduk sebelahnya setelah meletakkan susu di meja sebelah katilnya itu.
"adakah gelang ini ada maksud tertentu, sebab sebelum ini pun Cik sangat menjaga gelang ini sampai tak benarkan kami dekat ataupun menyentuhnya langsung"
"tentulah ada"
"apa dia?"
"ia adalah pemberian terakhir daripada kawan masa kecil saya dan saya takkan pernah lupakan dia sampai bila-bila"
"terus..dimana dia sekarang kenapa tak jumpa cik pastinya cik sangat rindukan dia sama seperti dia kan"
"mestilah, tapi sekarang tak apa sebab dia sudah ada dekat dengan saya itu sudah cukup untuk saya dan apa yang saya mahu yang kami akan sentiasa bersama sekarang dan bahagia bersama"
"dekat? maksudnya orang ini cik dah jumpalah..siapa?"
"ya dia adalah Freen bodygurad kesayangan saya"
"apa?"
Teriakkan kuat Nin kerana tidak menyangka orangnya adalah Freen itu membuat Becca dengan cepat menutup mulutnya supaya perbicaraan mereka tidak didengari oleh Puan Nun.
"betulkah?"
Becca pun mengangguk dan tersenyum manis pada Nin yang akhirnya melepaskan tangannya yang menutupi mulut Nin.
"kalau dia kawan kecil cik kenapa dia bersikap dingin dan tak ambil kisah pasal Cik?"
"itulah yang aku tengah cuba nak tahu sekarang..sebab apa yang membuat dia pura-pura tak mengenali aku dan bersikap seolah-olah kami adalah orang asing"
Kata Becca sambil bangun daripada katilnya menuju keluar daripada berandanya melihat pada langit malam itu dengan tersenyum seolah seakan sedang memandang pada Freen yang juga sedang membaca buku dekat tingkap itu juga melihat pada langit malam itu.
***
"kenapa saya perlu percayakan Tuan setelah membunuh kawan saya dan Tuan sudah membelakangkan kami sejak kes itu ditutup jadi kenapa baru sekarang Tuan datang jumpa saya"
"masih nak tanya kah? hey..kau masih sedar tak kenapa kau disini dan lagi kawan kau itu patut dapatkan itu sebab bawa lari duit saya"
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...