Chapter 12 : Holding Into You

216 12 2
                                    

Takdir mencipta sebuah pertemuan kepada setiap pasangan di dunia ini sama ada bagaimana pertemuan itu di buat semuanya adalah takdir yang sudah menentukannya dan sejauh mana kita cuba jauhkan dan mengelak kita akan tetap menuju kepadanya.

"kenapa gembira sangat hari ini? dan..tiba-tiba pakai gelang"

Tegur Freen pada Becca yang keluar daripada kereta itu membetulkan penampilannya.

"apa? kenapa?"

Freen pun hanya geleng kepalanya buat Becca tersengih melihat padanya dan mula mengikat rambutnya diperhatikan Freen melihat tepat pada gelang yang dia pakai..

"sebab gelang ini istimewa bagi aku dan seseorang yang aku sayangkan berikan padaku sebab itu hari ini aku sangat gembira sebab memakainya"

Becca berikan jawapan itu pada Freen setelah selesai mengikat rambutnya melihat padanya.

"yakah? pergilah kelas kau akan bermula nanti"

"taknak tahukah siapa orangnya?"

"kenapa? perlukah saya tahu?"

"ya sebab orangnya kau sangat kenal"

"apa?"

Wajah terkejut Freen buat Becca tersenyum dan terus pergi buat dia semakin tertanya-tanya dan tergantung kata untuk bertanya pada Becca tentangnya, Becca tahu itu dan sengaja membuatnya tertanya-tanya dan meninggalkannya disitu menunggu.

Setelah habis kelas Becca pun keluar bersama Pyta kawan sekelasnya itu dengan gembira setelah kelas habis, langkahnya terhenti pabila melihat Freen yang menyandar di sebuah kereta menunggu seseorang itu membuat hatinya berbunga-bunga melihatnya seakan melihat cinta pandang pertama.

Namun melihat pada Becca yang terus berlari dekati Freen itu membuat dia sedikit hairan dan melihat keduanya mesra semacam membuat dia hanya melihat mereka dengan pertanyaan dikepalanya sambil melambai pada Becca yang pergi dengan keretanya itu.

"Freen boleh temankan aku pergi beli sesuatu tak?"

"beli apa?"

"mari pergi kedai langgan mak rasanya mereka ada keluarkan edisi baru"

Balas Becca cuba tidak menjawab soalan Freen padanya membuat Freen hanya mengikut sahaja dengan keluhan dihatinya teruskan memandu dengan biasanya melihat Becca dari cermin pandang belakang yang tersenyum-senyum duduk dibelakang.

Setelah sampai di kedai perhiasan antik Freen hanya mengikuti langkah Becca yang gembira itu sedikit membuat dia tersenyum sendiri melihat gelagatnya itu.

Pekerja di kedai itu menyambut Becca dengan hormat kerana mengenali keluarganya dan mula memilih bahagian gelang dan mencuba beberapa gelang dengan pilihan daripada pekerja lihatkan koleksi baru gelang mereka yang baru sampai.

"Freen tengoklah cantik..yang mana satu kau rasa lebih cantik"

Namun Freen hanya geleng kepala dan cuba mengelak dekat dengannya cuba keluar itu dikejar Becca terus menarik tangannya dan masuk di kedai itu dan lihatkan kedua lengannya dengan gelang baru itu membuat Freen terkejut melihat kedua lengannya itu hanya memakai gelang baru itu.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now