Chapter 44 : My Destiny To Love You

227 13 2
                                    

Takdir sebuah cinta adalah sebuah takdir yang indah dan memiliki cerita disebalik tangisan,perpisahan dan kebahagiaan dan cinta yang sudah ditakdirkan jika dia adalah milikmu dia pasti akan kembali tidak kira sejauh mana dia akan pergi.

Becca yang bersetuju untuk berjumpa dengan Tuan Chankimha semula dan setelah menamatkan panggilannya membuat Becca hanya mengeluh dengan pelbagai perasaan dia rasanya namun dia tidak menguatkan dirinya hal itu bukanlah hal untuk dia takutkan lagi.

P'nam dan Heng yang datang ke rumah Freen untuk mengambil lukisan untuk pameran akan datang dan bertanya tentang Becca yang akan pindah masuk nanti..

"mungkin dalam dua hari ini dia akan pindah masuk"

"baguslah..lebih cepat lagi bagus, sebab kau perlukan jagaan sepenuhnya selepas pameran yang memenatkan ni.."

"bercakap tentang pemeran ni..selepas pameran ni bukankah lebih baik kau ambil cuti panjang dan luangkan masa dengan Becca"

"betul tu.."

"fikirkan tentang kesihatan kau sekarang Freen..sekarang kau sudah ada Becca disisi kau jadi berhenti berkerja keras dan cubalah bina kebahagian kau sekarang bersama Becca."

Hal itu membuat Freen terfikir tentangnya membuatnya duduk di sofa membuka laptopnya dan mencari beberapa tempat percutian yang memiliki pantai yang cantik untuk memikirkan pendapat P'nam dan Heng untuk mereka pergi bercuti.

Panggilan dari Becca membuat Freen tersenyum dan menjawab panggilannya..

"kau buat apa?"

"P'nam dan Heng baru saja balik lepas ambil lukisan untuk pameran akan datang..kenapa?"

"apa patut aku bawa nanti..perlukah aku bawa banyak barang?"

"tak payah..bawa saja baju kau yang lain aku sudah sediakan.."

Becca pun mengambil tempat duduk di atas katilnya dengan keluhan..

"Freen..?"

"kenapa?"

"sebenarnya..ayah kau ada hubungi aku tadi dan dia minta aku berjumpa dengan dia"

***

Kereta Freen berhenti dan sampai di parking lot syarikat milik ayahnya dan keluar membuka pintu dekat pemandu untuk Becca yang melihat pada Freen dengan keluhan.

"ini bukan apa yang aku mahu dengan beritahu kau yang ayah kau hubungi aku untuk berjumpa dengan dia?"

"apa?"

"ini perbincangan antara aku dan ayah kau..tapi kenapa kau ikut pula sekarang ni?"

"saya cuma menghantar kau saja bukan nak ikut sekali dalam perbincangan ini"

"kau risau tentang apa yang ayah kau akan cakapkan pada aku kan? janganlah risau..saya akan buat yang terbaik kali ini dan takkan memilih keputusan yang sama 10 tahun yang lalu okay"

"baiklah..saya akan hantar kau depan pintu saja setelah tengok kau masuk aku akan pergi okay"

Becca pun tersenyum dan menarik wajah Freen dekat dengannya dan mencium bibirnya membuat Freen sedikit hairan dengan ciuman yang Becca berikan padanya buat Freen melihatnya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now