Menjadi seseorang yang akan melindungi orang yang kita sayangkan bukanlah mudah terkadang melindunginya sahaja tidak cukup..menerima dan sentiasa menjadi tempat ternyaman dikala sedih dan gembira adalah menjadi keutamaan setiap pasangan.
"apa"
"hey kecilkan suara kau bukan saja orang yang dengar..aku pun boleh pekak kau buat"
Kata Freen pada P'nam yang dia hubungi memberitahu apa yang terjadi dan beritahu padanya akan bermalam dirumah keluarga Tuan Chankimha malam itu.
"jadi..Becky okay kan?"
Freen memusingkan badannya melihat tepat ke pintu bilik Becca di tingkat atas itu dengan perasaan lega dan berharap didalam hatinya Becca akan baik-baik saja.
"hmm..dia akan okay aku akan pastikannya"
"baiklah, pusat kita jangan risau aku dan Heng akan uruskan"
"okay..terima kasih"
Freen menutup pintu slide dari pintu menuju ke laman belakang untuk menghubungi kawannya itu ditegur oleh Nin setelah memeriksa Puan dan cik didalam keadaan baik dan berikan selimut dan bantal untuk Freen gunakan membuat dia sangat berterima kasih pada Nin dan menyuruhnya berehat itu.
Pisit yang berada di bilik bacaan masih dengan rokoknya dan minuman keras yang tidak habis-habis itu membuatnya balik-balik berfikir tentang kata-kata Tan padanya yang membuatnya sampai kesini dengan penuh pertanyaan.
Dan fikirannya yang bertambah dengan kehadiran Freen sebagai bodyguard yang abangnya percayakan untuk menjaga keluarganya itu membuatnya semakin ingin tahu tentangnya dan padangan Freen padanya membuat dirinya amat kesal.
Melihat Tuan Pisit yang keluar daripada bilik bacaan itu membuat duduk Freen yang di sofa bangun dan melihat padanya.
"Tuan perlukan apa-apakah?"tegurnya biasa.
"rasanya..minuman saya sudah habis, tapi kenapa kau masih berjaga dimalam yang sudah larut ni?"
"sebab..saya perlu menjaga Tuan rumah saya"
Padangan mereka semakin tajam satu sama lain membuat Pisit semakin hilang kesabaran melihat seorang wanita seperti Freen berani bertindak tidak sopan sebegitu padanya..
"kau fikir kau sekuat mana boleh melawan aku macam ni, ingat sikit tempat kau dimana"
"dengan mengatakan itu adakah Tuan lihat saya pedulikan semua itu..saya tak cakap saya sekuat mana tapi bila saya sudah di berikan tangungjawab saya akan hanya fokuskan hal itu dan keselamatan mereka adalah keutamaan saya"
Ketegangan diantara mereka berdua mula dapat dilihat daripada padangan mereka namun pisit menamatkan ketegang mereka berjalan ke dapur diikuti oleh Freen.
"mari kita katakan kau boleh menjadi seorang yang sehebat itu tapi kamu yakin kah orang yang kamu jaga ini boleh kamu percayakan..kamu sendiri tahu siapa dia?"
"saya tahu..tapi sekurang-kurangnya bagi saya Tuan lagi yang paling saya tak patut percayakan sekarang ni"
Didalam perbicaraan mereka yang serius itu dipecahkan dengan langkah kaki dari Becca yang turun dari tangga untuk mendapatkan segelas air sambil mengosok matanya menghentikan langkahnya pabila melihat pakciknya itu dan melihat kedatangan Becca itu membuat Tuan Pisit cuba dekati namun dengan cepat Freen menghalangnya menolak badannya menghampiri Becca dengan padangan tajam yang sama padanya.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romansamengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...