Terkadang kita sukar untuk menerima sesuatu kehilangan yang sudah lama kita miliki tapi begitulah manusia sentiasa persoalkan semuanya tanpa mensyukurinya.
Tuan Chankimha dan Isterinya sampai di rumah mereka setelah beberapa tahun tidak kembali kerana merawat kesihatan Isterinya yang trauma didalam menerima kehilangan anak mereka.
"Phii Cha"panggil seseorang dari luar masuk berikan hormat pada Chankimha.
"ohh..akhirnya kamu disini?"kata Chankimha pada adik lelakinya Tuan Pisit.
Dengan sopan Pisit mengambil langkah duduk di sofa berhadapan kakaknya dan bertanyakan khabar abangnya itu seperti sedikit menunjukkan wajah tertekan.
"ada sesuatu yang saya boleh tolongkah abang?..cakaplah saya pasti boleh tolong"katanya dengan nada gembiranya menampakkan senyuman pada abangnya itu.
"abang sudah fikirkan ini terlalu lama dan disebabkan kejadian malang itu rasanya sudah masanya untuk lakukannya."kata Tuan Chankimha
"apa dia?"
"abang nak kamu selesaikan segala urusan syarikat di sini dan menutupnya, dan kita akan berpindah di Bangkok,kamu boleh buat kan?"kata Tuan Chankimha tanya pada adiknya itu sambil memegang bahu kirinya.
Walaupun ada sedikit rasa tidak puas hati namun Tuan Pisit terpaksa sembunyikannya dan melemparkan senyuman palsu didepan abangnya itu dan mengangguk untuk mengiakan arahan abangnya itu.
Tuan Pisit mendekati sebuah kilang setelah memandu kereta mewahnya dan melihat beberapa anak buahnya menyambutnya didepan pintu dan mengambil kayu dekat bara api didalam tong besi.
Dia meneruskan langkahnya masuk ke dalam kilang dengan mengayun-gayun kayu ditangannya dan pabila melihat orang dihadapannya terus memukulnya tanpa ampun dan orang itu kembali dipaksa duduk mencangkung dihadapannya.
"mari saya tanya sekali lagi..dimana kau sorokkan duit tu"tanya Tuan Pisit pada lelaki yang merupakan salah seorang daripada penculik tersebut.
"Than..saya betul-betul tak tahu semua ini, terus-terang saya memang bawa lari beg duit itu tapi pabila saya melihatnya tiada satu pun duit didalam beg itu saya cakap betul"kata lelaki itu duduk melutut dengan tangannya diikat kebelakang dengan badannya dirantai bersambung pada wall chain lock dengan suara lemah.
"yakah?"dengan memegang dagunya donggakkan mukanya melihatnya tersenyum wajah psycho padanya.
Melihat padangan Tuan Pisit padanya membuat lelaki itu mula kekejangan ketakutan dan mula memohon padanya namun Pisit hanya tertawa dan menolak pegangannya pada dagunya dan bangun membelakang mula mengisap rokoknya membuat anak buahnya menyiksanya kembali.
"Tuan nak saya buat apa dengan dia?"tanya salah seorang anak buahnya yang dekatinya.
"jika betul apa yang dia cakap. maksudnya tak guna menyimpannya lagi kan?"katanya membalas pertanyaan itu dengan padangan tajam.
Anak buahnya itu pun mengangguk faham maksudnya dan terus keluar daripada kilang dengan rokok di mulut sambil membersihkan tangannya dengan sapu tangan bekas darah itu lalu pergi daripada situ.
Brain N Company milik keluarga Chankimha mula menjadi sibuk dipagi itu dengan pekerjanya banyak mengumpulkan bahan-bahan kerja dan profil pelanggannya yang mereka taja untuk melakukan pembersihan yang membuat sedikit berlaku keributan bagi pelanggan yang telah ditamatkan kontraknya secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...