BAB 1

2K 32 0
                                    


Setelah selesai menyediakan sarapan,Puan Saharah pergi mengejut anaknya.Sampai sahaja di bilik anaknya.Puan Saharah terus beristifar melihat anaknya yang belum bangun dari tidur...Puan Saharah menarik nafas dan...

"SHAF!!! BANGUN PERGI KELAS!!!"jerit Puan Saharah.

Shaf yang mendengar jeritan ibunya terus laju bangun dan duduk di atas katil, terus hilang rasa mengantuknya. Mana kan tidak mengantuk, balik sahaja dari kelas semalam dia terus masuk ke bilik untuk bersihkan diri dan turun ke bawah untuk makan malam. Selepas siap makan, dia terus naik ke bilik untuk menyiapkan assigmentnya sehingga jam 4 pagi. Selepas bangun solat subuh dia terus menyambung tidurnya.

"Eeh...budak ni..orang suruh bangun pergi kelas...dia boleh termenung pula."Puan Saharah mengelengkan kepala melihat anaknya.

"Iyelah ibundaku tersayanggg. Shaf bangunlah ni. Ibu turun dulu eeaa. Nanti Shaf turun." Shaf kembali menarik selimut sebaik sahaja Puan Saharah melangkah keluar dari biliknya.

Dari bawah ibunya menjerit. "SHAF BANGUN, MANDI! JANGAN INGAT IBU TAK TAHU YANG SHAF NAK TIDUR BALIK. 5 MINIT IBU NAIK SHAF TAK BANGUN LAGI. IBU PANGGIL UDA SURUH KEJUT SHAF" Jeritan Puan Saharah dari tingkat bawah bergema di setiap pelusuk rumah. Bukan dia tidak kenal perangai anak bongsunya itu, kalau sudah tidur, bom meletup dekat sebelah pun belum tentu anaknya itu bangun.

Shaf yang sudah mempunyai niat untuk menyambung tidurnya terus membatalkan niatnya bila mendengar perkataan 'UDA' yang disebut oleh ibunya. Dia bukan tidak kenal dengan perangai kakaknya yang seorang itu. Kalau kakaknya itu yang kejutnya, alamat basah lencunlah dia dan tempat tidurnya.

Setelah selesai bersiap,Shaf turun ke meja makan untuk bersarapan. Dia melihat ibu dan kakaknya sudah berada di meja makan.

"Morning ibu,morning uda." Shaf terus mengambil tempat die sebelah kakaknya.

"Shaf, kelas pukul berapa hari ini?"

"Pukul 10, tapi Shaf dah nak pergi ni, kenapa?"

"Owhh. Uda ingat nak ajak Shaf teman uda pergi beli barang-barang untuk kenduri nanti."

"Owhh. Kalau macam tu, lepas adik balik kelas nanti, adik terus pergi butik udalah, okay? Tapi sekarang, Shaf kena gerak dulu, sebab Shaf dah lambat" Shaf bangun dan terus menyalam tangan ibu dan kakaknya.

Sampai sahaja di universiti. Dia memarkirkan kereta Audi pemberian udanya ketika hari lahirnya di bawah sebatang pokok. Matanya sudah menangkap susuk tubuh rakan-rakannya yang sedang rancak berborak. Pantas sahaja kakinya keluar dari kereta dan pergi mendapatkan rakan-rakannya.

"Hai guys" sapa Shaf sambil melambai-lambaikan tangan kearah rakan-rakannya.

"Cantik timing kau, janji pukul 9, ni dah pukul 9:30 tahu tak..kelas kita dah lah start pukul 10."

"Ha tau takpe, dahlah kelas Prof Godzilla tu, hish seram aku."

"Entah kau ni Pieqa..Kau tak ingat ke minggu lepas ada budak kena halau keluar dari kelas dia sebab masuk lambat."

"Apalah kau ni Pieqa, btw, asal kau lambat ni?" Rakan-rakannya memang memanggilnya Pieqa kerana hanya keluarga terdekat sahaja yang memanggilnya Shaf.

"Alaa, sorrylah, aku bangun lambat tadi, hihi, sorryyy" Shaf meminta maaf sambil mengelip-ngelipkan matanya.

"Okay dahlah, jom masuk kelas. Nanti tak pasal-pasal jadi macam budak minggu lepas. Seram aku" rungut Nana sambil berjalan mendahului rakan-rakannya.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now