Bab 1

13K 380 6
                                    

           

       AKU melangkah keluar dari cafe, kaki aku terpacak di tengah-tengah laluan pejalan kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AKU melangkah keluar dari cafe, kaki aku terpacak di tengah-tengah laluan pejalan kaki. Mata meliar mencari lelaki itu.

"Eh tunggu siapa ni?" tegur Rayden kepada aku.

"Tunggu kawan kejap," jawab aku.

"Yalah. Hati-hati ya. Jumpa awak esok," kata Rayden lalu melangkah pergi.

"Bye! Jumpa esok." Tangan aku lambaikan kearahnya. Rayden seorang yang kacak, baik dan sangat hormatkan aku sebagai perempuan. Kalau dulu, masa aku awal-awal masuk kerja, memang aku menaruh perasaan kepadanya, namun, sekarang, dia sudah seperti abang aku. Mungkin dia juga menganggap aku sebagai adiknya.

Mata aku kembali meliar. Keluhan aku lepaskan.

"Haih takkan dia balik kot?" Aku akhirnya memutuskan untuk pulang. Langkah diatur ke arah motosikal.

"Looking for me?"

Ternaik bahuku dikejutkan dengan satu suara. Laju kepala aku tertoleh.

"Ya, saya ingatkan awak dah balik tadi." Wajah lelaki itu aku pandang.

"Mestilah tak. Saya tunggu awak. Maaf, saya cakap telefon kejap tadi. Jom?" Dia mengajak aku, namun aku tidak menyahut.

"Saya naik motor saya boleh? Nanti mudah kalau saya nak balik rumah terus." Aku menyilang tangan di pinggang.

"Yeah sure. Awak ikut saya," kata lelaki itu, lalu berlalu pergi. Aku melangkah ke motosikal aku, topi keledar di pakai. Mata masih melekat pada lelaki itu yang kini sudah melangkah masuk ke dalam kereta berlambang Mercedes. Kening aku automatik terangkat.

Aku membuntuti perlahan dengan motosikal dari belakang sehinggalah tiba di destinasi. Aku mengerutkan dahi.

"Kita minum sini ke awak?" tanya aku setelah aku berdiri di sebelahnya.

"Ya, kenapa? Awak tak suka?" Dia merenung aku. Aku membalas tatapannya. Tidak lama kemudian aku menjawab.

"Eh tak. Cuma macam terlalu mewah untuk saya. Tak biasa." Kekok senyuman yang aku berikan padanya.

"Just a drink. Okay?" pujuk dia. Akhirnya aku bersetuju. Kaki menapak menuju ke dalam kafe. Kafe di bawah hotel.

Kerusi ditarik olehnya, untuk aku duduk. Lagak seperti gentleman. Namun aku layankan sahaja. Tidak mahu membesarkan hal walaupun aku tidak selesa dilayan sebegini rupa.

"Awak lapar tak? Kalau lapar. Kita makan sekali," katanya setelah melabuhkan duduk di hadapan aku.

Aku menggelengkan kepala. "Tak, minum cukuplah. Saya taknak terlewat balik pula nanti." Kalau ibunya tahu ni, pasti dia dikerjakan lebih teruk nanti. Tanpa sedar, aku tersenyum tawar.

"Ice chocolate 1," pesan aku, setelah pelayan yang mengambil oder.

"Hot espresso," pesan pula lelaki dihadapan aku ini.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now