JAM di tangan dibelek, sudah hampir pukul 12 malam. Shasha melangkah ke arah bilik wad Mikayla. Malam ini, dia menemani sahabatnya.
Langkah kakinya terhenti apabila matanya terlihat figura Zuhal yang sedang termenung jauh di salah satu kerusi tepi bilik wad itu.
Dia menghampiri Zuhal.
"Apa kau buat dekat sini? Dah tak reti balik?" soal Shasha.
Zuhal mengabaikan Shasha, dia kembali merenung jauh ke luar.
"Balik lah Ayyan. Kau tahu Reesa taknak jumpa kau buat masa ni kan?" Dia melembutkan suaranya. Rasa malas bertekak malam-malam buta.
"Jahat betul kan aku? Kejam sangat kan aku?" Ayyan Zuhal menoleh memandang Shasha yang telah melabuhkan duduk selang satu kerusi dengannya.
"Baru sedar ke? Kau dah macam bukan manusia tau? Binatang pun ada rasa, kau? Pukul isteri sendiri macam dia patung."
Keluhan berat terlepas dari bibir Zuhal.
"Ayyan.. Reesa tu terlalu mendambakan kasih sayang dari orang sekeliling dia. Kau tahu kenapa?"
Zuhal menggelengkan kepalanya.
"Dia kehilangan ayah dia sekelip mata. Kau cakap itu salah dia, tapi ada kau cuba cari bukti?"
Sekali lagi, kepalanya tergeleng perlahan.
"Reesa memang sangat rapat dengan ayah dia berbanding ibu. Segala susah senang memang ayah la tempat dia meluah. Tapi selepas ayah dia meninggal, dia hilang punca, dia hilang arah.. Ibu dia? Memang dari kecil tak pernah nak rapat dengan dia, tak macam dengan Zahra. Kayla tak dianugerahkan seorang ibu yang baik. Malah bertahun dia hidup dalam ketidak adilan ibu dia. Lebih tepat, pilih kasih."
Shasha menarik nafas, kembali menunduk ke lantai.
"Selepas ayah dia meninggal, layanan ibu dia yang dulunya ala kadar, menjadi semakin teruk, kejam, tak berhati perut. Macam kau lah Zuhal. Dipukul, dihina, dilayan tak ubah macam orang gaji, macam Reesa tu bukan anak dia. Kononnya Reesa lah punca ayahnya meninggal."
Shasha melepaskan tawa sinis.
"Aku kawan dengan dia dari dulu Ayyan. Aku dah nampak semua benda yang dia lalui. Dia tak dapat kasih sayang yang cukup pun. Bila dah bersuami, dia fikir dia mampulah akhirnya rasa apa itu cinta, sayang tapi? Kau hancurkan semuanya Ayyan.
Tolong buka mata kau Ayyan. Reesa perlukan kau. Dia perlukan seorang lelaki untuk sayang dan jaga dia seperti mana arwah ayahnya. Atau mungkin jauh lebih baik. Dia layak dapat kebahagiaan dia. Dah terlalu lama dia tersiksa Ayyan, terlalu lama."
Dengan ekor mata, Shasha melihat Zuhal meraup wajahnya kasar.
"Bukan kau seorang yang hilang seseorang yang bermakna untuk kau malam tu, Reesa pun sama. Tapi dia lagi kuat dari kau."
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceManusia pertama yang mengajar aku erti cinta merupakan manusia pertama yang mengajar aku rasa peritnya terluka. Hidup Mikayla Hareesa sudah cukup perit selama ini tanpa sesiapa pun tahu, namun Allah hadirkan satu lagi dugaan buatnya. Terpaksa disatu...