Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ayyan Zuhal
AKU kerling jam di dinding. Sudah pukul 6 pagi. Percaya atau tidak, aku tidak dapat melelapkan mata langsung. Aku raup wajah dengan kasar bersama keluhan. Aku melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Benarlah apa orang kata, bila dah susah, baru mencari Allah. Aku malu akan hakikat itu kerana aku merupakan salah seorang hamba yang lupa diri.
"Allahuakbar."
Aku duduk termenung di atas sejadah sekejap setelah selesai menunaikan solat subuh. Hari ini merupakan hari aku bernikah dengan Rania. Secara langsung, hari aku perlu melepaskan satu-satunya pemilik hati aku.
"Ya Allah, aku tahu aku terlambat, namun aku mohon, kau jagalah setiap langkah isteri aku nanti. Kau lindungilah dia walau dimana dia berada. Aku gagal, gagal menjadi suami yang dia inginkan. Aku berdosa ke atasnya. Kau berikanlah segala kesakitkan yang dia pendam kepada aku Ya Allah. Aku cuma nakkan dia bahagia. Aku...redha. Semoga Kau permudahkan semuanya. Aamin allahumma aamin." Aku raup tangan ke wajah.
Semetara itu di bilik sebelah, Mikayla Hareesa turut melakukan perkara yang sama.
"Ya Allah, pulihkanlah hatiku dan diriku kerana ada yang hancur namun tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali Kau. Bantulah aku berdamai dan ikhlas dengan segala hal yang akan terjadi. Semoga sedihku, sakitku, susahku dan sabarku selama ini akan berubah menjadi bahagia untukku di hari akan datang. Aamin."
Ketukan di pintu menyedarkan aku. Kaki menapak ke pintu dan daun pintu dibuka.
"Awak dah siap?"
Mikayla Hareesa, dengan lengkap mengenakan jubah dan berselendang di kepala. Entah kenapa wajahnya boleh setenang itu.
"Dah." Jawab aku.
Dia menapak lalu berdiri di hadapan aku.
"Kacaknya suami saya harini." Katanya sambil mengemaskan baju melayu yang tersarung di tubuh aku.
Pantas, aku menangkap tangannya.
"I'm not okay Kayla." Tutur aku bersama getaran di suara.
"Saya tahu. Saya pun tak okay. Tapi percayalah keputusan ni demi kebaikan kita semua." Dia menatap wajah aku lembut.
"I can't. Abang fikir abang dah redha. Tapi makin dekat, abang makin takut. Abang...takut hilang pemilik hati abang. Satu-satunya pemilik hati abang." Air mata mengalir laju di pipi aku. Dapat aku lihat wajah Mikayla yang tergamam.