Bab 48

9.8K 326 53
                                    

Mikayla Hareesa

        TIDAK tahu dimana harus aku tuju kerana belum rasa ingin pulang, akhirnya aku tiba di tanah perkuburan. Walaupun langit semakin gelap, aku abaikan saja. Aku melangkah lemah ke kubuh arwah ayah dan ibu. Dikuburkan bersebelahan. Al-fatihah disedekahkan sebelum aku memulakan bicara.

"Assalamualaikum ayah, ibu. Harini Kayla datang lewat sikit. Maaf ya? Ada masalah tadi." Aku bercakap seorang diri sambil mengusap batu nisan kedua-duanya.

"Kayla...penat. Kenapa ayah dengan ibu tak jemput Kayla? Kenapa tinggalkan Kayla seorang diri? Zahra pun dah tak ada. Kayla telefon pun tak berjawab. Rumah kita dah kosong. Kayla rindukan semuanya walaupun memori yang Kayla ada bersama semua tak beberapa indah." Tubir mata mula memberat.

"Dulu, Kayla ingat bila ada suami, hidup kita akan jadi lebih indah. Tapi ternyata silap. Kayla tersiksa ayah, ibu. Kayla sakit. Kayla nak dia lepaskan Kayla tapi anak kami macam mana? Kayla takut nak lalui semuanya seorang diri. Kayla terlalu muda untuk semua ni. Kayla masih mentah dalam dunia macam ni. Kayla keliru."

Aku mengerdipkan mata laju-laju sebelum bangun dari duduk.

"Doakan Kayla kuat ya? Nanti Kayla melawat ayah dan ibu lagi." Aku tersenyum nipis merenung kubur mereka.

"Cik? Dah nak maghrib ni. Tak elok duduk seorang diri dekat sini. Tak takut ka nanti gelap?" Tegur seorang wanita yang bertutup dari atas ke bawah.

"Maaf. Saya cuma nak ziarah sekejap saja. Lagipun, dua kubur tu arwah ayah dan ibu saya. Bila orang yang kita sayang meninggal, kubur takkan jadi tempat seram dah. In fact, it will be the calmest place ever." Jawab aku bersama senyuman.

"Akak faham. Tapi balik lah. Lagipun nak hujan ni. Akak duduk sana tu. Nak keluar tadi ternampak cik pula. Tu yang akak datang."

"Terima kasih. Kalau macam tu saya balik dulu."

Aku melangkah ke kereta dan terus memboloskan diri.

Daun pintu dikuak perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daun pintu dikuak perlahan. Aku tahu Zuhal ada kerana keretanya diparkir di luar. Tapi, kereta Rania turut ada di luar.

Baru sahaja tangan ingin membuka pintu seluas-luasnya, ada suara yang menghalang.

"Mikayla."

Nafas berat terhela. Aku memusingkan tubuh ke arah suara itu.

"Apa you nak lagi? Dan apa yang you buat seorang diri dekat luar ni? Dah gila?" Aku memeluk tubuh merenungnya.

"You tahu kan you takkan bahagia dengan Ayyan? He's mine Kayla. Dan I nakkan dia semula!" Katanya dengan nada yang tertahan-tahan. Terus aku mengerutkan dahi aku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now