Bab 69

8.4K 226 5
                                    

Sampul surat dari Mikayla aku genggam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampul surat dari Mikayla aku genggam. Mengumpul kekuatan sebelum membukanya. Setelah terbaring seharian kerana pengsan, kini merupakan hari kedua aku berada di wad Mikayla. Nasib diriku baik kerana aku masih diberikan peluang membuka mata, bukan seperti isteriku yang masih terlantar. Aku memegang kepalaku yang berbalut sebelum termenung jauh.

Flashback

Sebaik sahaja mata terbuka, terus aku mencari tubuh Mikayla. Aku bangun dari baring, menghiraukan rasa sakit di tubuh aku.

"Ayyan! Kau nak kemana?" tanya Hariz yang baru tiba.

"Mana isteri aku? Dia dah bangun ka?" tanya aku.

"Ayyan...Mikayla masih tak sedarkan diri akibat hentakan kuat pada kepalanya. Tapi Alhamdulillah, dia dah melepasi tahap kritikal." Hariz menghampiri aku yang terdiam.

"Dia...masih hidup kan? Anak aku mana?" Aku merenungnya dengan tubir mata yang memberat.

"Zayra ada rumah. Mummy daddy kau tolong jagakan. Doktor minta kita berdoa banyak-banyak untuk isteri kau. Nak tunggu dia sedar tu belum tentu bila, tapi kalau dia kuat, insyaAllah tak lama lagi dia akan sedar," jawab Hariz.

Sampul di tangan aku koyak perlahan-lahan. Isi sampul dikeluarkan. Terketar-ketar tangan aku memegangnya.

Surat Mikayla Hareesa untuk
Ayyan Zuhal

Tajuk surat itu aku baca bersama bibir yang bergetar hebat. Aku pejamkan mata sebelum menarik nafas dalam.

Hi! Assalamualaikum suami Kayla yang kacak! Niat Kayla tulis surat ini untuk berikan kepada abang setelah kita diijab kabulkan, dan juga sebagai tanda maaf dan terima kasih untuk abang.

Siapa dapat jangka kan? Ayyan Zuhal yang Mikayla Hareesa pernah kenal dah berubah 360 darjah. Kali pertama lihat wajah abang setelah 3 tahun berpisah, buatkan jantung Kayla berdegup laju.

Lama-kelamaan, Kayla makin nampak perubahan abang. Kayla diberitahu yang abang tak pernah tinggal solat. Setiap hari pun abang bangun solat tahajjud. Abang ajarkan anak kita, Zayra Alana mengaji dan solat bila dia tidur dengan abang dan hormatkan orang tua. Kayla kagum dengan abang.

Aku tersenyum kecil. Ini tak lain tak bukan mesti Zayra, mummy atau Hariz yang ceritakan kepada Mikayla, kerana aku sendiri tak pernah beritahunya perkara ini. Sejak kehilangannya, aku bertekad untuk menjadi lebih baik.

Abang, abang ingat tak waktu kita berpisah dulu? Kayla nampak kuat kan? Begitu juga dengan abang. Losing you was my biggest heartbreak. I was prepared for it, but it still hurts. Kayla menangis pada Allah untuk hilangkan rasa cinta Kayla pada abang. Tapi 3 tahun, perasaan ni tak pernah pudar.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now