Bab 62

8.4K 295 29
                                    

Ayyan Zuhal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayyan Zuhal

             Tepat jarum jam menunjukkan pukul 5:30 pagi, aku menapak keluar dari rumah. Dengan hanya mengenakan tshirt kosong dan kain pelikat, aku bergerak menuju ke masjid berhampiran.

Kereta diparkir di luar, aku lihat masjid masih sunyi tanpa orang. Mungkin masih awal. Aku menapak ke dalam, melabuhkan duduk di tengah-tengah masjid seorang diri.

Tenang.
Nyaman.
Rasa lebih dekat kepadaNya.

Setelah 5 minit, aku berdiri semula bagi mengerjakan solat Tahajjud. Telefon dikeluarkan dan diletak di hadapan.

"Allahuakbar....."

Ya Allah, terimalah tahajjud dari seorang lelaki pendosa seperti aku. Mata tertutup sejenak sebelum aku fokus pada ibadah.

Selesai menunaikan solat Tahajjud, aku berdiri semula bagi menunaikan solat taubat. Berharap agar segala dosa aku diampunkanNya.

Flaschback

"Solatlah Ayyan. Solat taubat. Setiap kali kau rasa kau masih berdosa, kau sujud pada Dia. Seperti surah At-Tharim ayat ke 8, "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha. Mudah-mudahan, Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." Kata Hariz.

Nafas ditarik dalam lalu aku mengangkat takbir bersama mata yang berkaca-kaca.

Setelah memberi salam, aku mengangkat kedua-dua tangan ke udara untuk berdoa.

"Ya Allah, perbaikilah aku, pulihkanlah apa yang rosak di dalam hatiku dan bimbinglah aku kepada jalan yang Kau redhai."

Aku jeda. Nafas ditarik dalam.

"Ya Allah, aku mencintai salah seorang hambaMu dan hati ini tidak mahu yang lain. Hanya dia. Jika dia adalah yang terbaik untukku, Engkau bukalah jalan untuk kami bersama semula, permudahkanlah jalan itu dan janganlah Kau pisahkan kami. Tapi jika dia tidak baik untukku, kau bukalah hatinya menjadi baik untukku, dan jika aku tidak baik untuknya, izinkanlah aku menjadi yang baik untuknya. Ya Allah, kau letakkanlah namaku di Naseebnya dan letakkanlah nama dia di Naseebku. Sesungguhnya aku mencintai dia keranaMu. Aku percaya kau pertemukan kami dengan sebab. Aamin aamin." Aku meraup kedua-dua tapak tangan ke wajah.

Jam di tangan aku belek, sudah pukul 6. Aku duduk sementara menanti jemaah dan imam tiba. Mata dipejamkan, bagi menghilangkan serabut di kepala.

"Nak? Awalnya kamu sampai?"

Teguran tersebut mengejutkan aku. Tangan dibawa ke dada, mengurut perlahan.

"Pakcik, ya saya datang awal sikit. Saja duduk sini tenangkan kepala." Jawab aku bersama senyuman manis. Sempat aku menyalam tangannya.

"Pakcik datang awal pun sebab tok imam sakit. Itu yang nak sediakan apa patut sementara tunggu imam ganti. Kamu boleh jadi imam?" Tanya dia.

Aku diam, sebelum menjawab. "InsyaAllah boleh pakcik."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now