MATA terpejam erat saat angin pagi menyapa wajahku.
Tenang.
Sunyi.
Namun, keadaan sunyi seperti ini sering kali menggugat ketenangan jiwa ini. Apatah lagi, hari ini merupakan hari lahir ayahku. Bibir menguntum senyuman nipis lagi tawar. Kepala didongakkan ke langit yang mula cerah.
"Selamat hari lahir ayah. Semoga ayah sentiasa tenang di sana," ucap aku bersama bibir yang mula bergetar.
"Reesa rindukan ayah. Setiap hari. Reesa minta maaf dah lama tak melawat ayah. Kejap lagi Reesa datang ya?"
Memandangkan kelas aku bermula pukul 2 petang, boleh lah aku pergi ke kubur ayah kejap lagi selepas sarapan.
Selesai membersihkan diri, aku terus bersiap-siap. Hanya mengenakan baju kurung dan tudung bawal sahaja.
Saat daun pintu aku kuak, telinga aku menangkap suara Zuhal yang sedang bercakap. Aku memasang telinga.
"Ya, baby. Kejap lagi I datang. You tunggu. I miss you too, and I love you more than anything...."
"Pasal perempuan tu you tak perlu risau lah. Berani dia halang I? Tahu lah I kerjakan dia nanti. You're my one and only priority baby. Bye. Love you."
Daun pintu aku kembali tutup. Bait bicara itu terngiang-ngiang di telingaku. Walaupun dah berkali-kali dia membuktikan yang Rania itu segalanya, namun hati aku masih terasa sakit. Seperti dirobek-robek.
Kelopak mata aku pejamkan rapat, menghalang titisan jernih dari mengalir. Setelah aku berasa tenang, daun pintu aku buka semula. Hampir terhenti jantungku apabila mata bertemu mata suami aku yang sedang berdiri di hadapan pintu.
"Apa...awak buat dekat sini?" Terkulat-kulat aku memandang wajahnya yang beku.
"Aku tahu kau dengar tadi. Kenapa masuk bilik semula? Tak sanggup dengar?" Senyuman sinis menghiasi bibirnya.
Aku mendiamkan diri seketika. Mencari kekuatan.
"Tak, saya cuma taknak ganggu awak berbual," tipu aku, walhal hati seperti dirobek-robek.
"Kau tak penat ke berpura-pura Kayla?" Soalannya membuatkan wajah aku berubah.
"Apa maksud awak? Berpura-pura?" soal aku dengan hairan.
"Berpura-pura macam malaikat? Walhal kau sendiri tahu kau tu perempuan kotor, jijik." Keras suaranya menampar telinga aku.
Wajah aku berderau. Apatah lagi setelah mendengar tawa halus terlepas dari bibirnya.
"Tak perlu berlakon lah Kayla. Kau fikir aku akan termakan dengan kebaikan kau?"
Semakin berubah wajah aku.
"Bahagian mana yang awak tak faham Zuhal? Saya berpura-pura?" Aku mula menjawab.
"Saya tak pernah tipu Zuhal. Saya layan awak sebagai seorang isteri. Saya baik dengan awak kerana awak tu suami saya. Syurga saya di bawah tapak kaki awak. Itu tanggungjawab saya." Panjang lebar aku menjawab.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA