Bab 32

8.5K 296 30
                                    

           

       "KAYLA? Sini kejap!" pamit Zuhal dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "KAYLA? Sini kejap!" pamit Zuhal dari luar. Laju kaki aku melangkah menghampirinya.

"Kenapa?" tanya aku.

"Abang rindu."

Dia tertawa kecil, manakala aku sudah mengerutkan dahi.

"Abang? Kenapa nak berlakon lagi? Kita berdua ja sini." Hairan aku.

"Mana ada berlakon. Betul lah ni. It's better than aku kau kan?" Dia mengangkat keningnya berkali-kali.

"Jadi, Kayla kena panggil abang lah kan?" Tangan diangkat ke kepala, menggaru dahi yang tidak gatal.

"Yes. Abang, sweetheart. Aww sweetnya kita!" Dia menjerit kecil.

"Awak ni kenapa pelik sangat?" Laju tangan aku menyambar lengannya.

"Eh ulang balik? Abang rasa macam ada orang salah sebut lah tadi." Dia mendekatkan telinganya ke mulut aku.

"Abang. Mana ada Kayla panggil silap. Awak ja.."

Tersedar aku tersilap sebut, laju tangan diangkat menutup mulut.

"Lagi sekali silap, tahu lah apa abang buat dekat Kayla." Dia mendekatkan wajahnya dengan aku. Automatik tubuh terundur ke belakang.

"Apa? Jangan macam-macam eh?" Aku menolak mukanya ke tepi sambil ketawa.

"Eh? Buat macam-macam apa tu? Abang nak ajak masuk tidur ja. Eee isteri abang ni otak lain."

Wajah takut ditayangkan kepada aku. Kerana geram, aku mencebikkan bibir dan berlalu pergi. Namun pantas, lenganku disambar. Dia menarik aku rapat ke tubuhnya, dipeluk erat.

"I love you Mikayla Hareesa." Matanya redup merenung aku tanpa berkelip sekali pun. 

Aku hanya merenung wajah yang sempurna di hadapanku. Dengan anak mata berwarna coklat gelap, alis mata yang tebal, bulu mata yang panjang, hidung terletak dan bibir yang memerah. Ya, wajah yang sangat sempurna di mata aku. Aku mengangkat tangan, mengusap pipinya lembut. Tidak aku sangka, dia menundukkan wajahnya lantas meragut bibir aku perlahan untuk sesaat.

"I love you too Ayyan Zuhal." Aku menyandar kepala di dadanya. Degupan jantung yang berdetak laju aku dengar. Aku ketawa.

"Kenapa?"

"Setiap kali Kayla sandarkan kepala dekat dada abang, mesti jantung abang laju. Kenapa?" Kepala kembali didongak memandangnya.

"Because my heart beats harder for you sweetheart. Dimana ada Kayla, disitulah jantung abang laju buat kerja tahu?" kata Zuhal bersama ketawa kecilnya.

Dia membawa aku ke halaman tepi rumah. Kepalanya didonggak ke atas, aku turut ikut.

Bintang. Banyak. Berkelip-kelip.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now