EPILOG ♡

12.3K 356 74
                                    

Ayyan Zuhal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayyan Zuhal

Aku memerhati Mikayla yang sedang berdiri merenung Zayra. Perutnya yang sudah membesar dia usap perlahan. Bila-bila masa sahaja dia akan melahirkan zuriat yang kedua.

"Kayla sayang......." Aku meleretkan suara lalu memeluk tubuhnya dari belakang. Aku bawa tangan mengusap perutnya.

"Berdiri lama-lama kenapa hm?" bisik aku.

"Itu ha. Tengoklah anak abang yang sorang tu. Dia tak bagi Kayla bawa barang." Mikayla mencebikkan bibirnya.

"Mestilah! Mummy kan nak lahirkan adik Zayra. Jadi from now on, tugas Zayra jaga mummy hehe." celah Zayra Alana sambil tersenyum-senyum.

"Ada saja. Terima kasih Zayra," ucap Mikayla.

Zayra Alana sudah pun menginjak usia 5 tahun. Pejam celik, anak yang dahulunya kecil, kini sudah membesar menjadi anak gadis yang sangat cantik.

"Dah jom, mummy daddy dah tunggu kita tu." Aku membawa Mikayla menuju ke kereta.

Kata mummy dan daddy, sudah lama mereka tidak berkumpul ramai-ramai. Lagipun, aku pasti mereka sebenarnya sunyi. Tapi tidak lama lagi, riuhlah rumah mereka. Mikayla sudah berpesan dia mahu berpantang di rumah mummy dan daddy.

Setelah 30 minit perjalanan, kami tiba di perkarangan rumah Puan Maria dan Encik Zainal. Aku sempat melihat kereta Hariz yang sudah terparkir di bahu jalan. Aku memarkir kereta di hadapan kereta Hariz, dan kami bertiga melangkah ke pintu utama. Pintu sudah terbuka luas.

"Assalamualaikum!!"

Zayra melangkah masuk dahulu, diikuti Mikayla dan aku. Terus aku menangkap bunyi riuh rendah di ruang makan.

"Aii semua ada? Mummy tak cakap pun?" Mikayla bertanya sebaik sahaja kami menapak masuk di ruang makan. Tubuh mummy disalam dan dipeluk, diikuti tubuh daddy.

"Haah, lama kita tak buat makan-makan. Lagipun, Kayla nak bersalin dah. Nanti kena jaga makan pula," jawab Puan Maria sambil menarik tubuh Mikayla ke arah kerusi.

"Susah-susah je mummy ni."

"Precious, duduk sebelah daddy," arah aku kepada Zayra.

"Eh Sha? Aku tak nampak kereta kau pun dekat luar?" Aku mengalihkan pandangan ke arah Shasha.

"Dia datang dengan aku," celah Hariz yang duduk di sebelah Shasha.

"Jangan fikir bukan-bukan eh? Kereta aku buat hal. Terpaksa aku minta dia jemputkan aku." Sempat Shasha memberi amaran.

Lantas, kami melepaskan tawa.

"Sweetheart nak makan apa? Abang ambilkan." Aku mengambil pinggan mencedokkan nasi.

"Sambal udang, dengan telur dadar," jawab Mikayla sambil membetulkan kedudukannya.

"Jadi, bila pula turn Hariz?" Sengaja aku mengusiknya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now