AKU melangkah ke hadapan sedikit. Merenung wajah Zuhal dan ibu bersilih ganti.
"Apa yang abang cakapkan ni?" Dada sudah seperti mahu pecah!
"Ibu punca kemalangan malam tu Kayla. Dia letakkan pil khayal dalam minuman ayah," jawab Zuhal mendatar, matanya masih tajam merenung ibu yang sudah pucat wajahnya.
"Ap...apa ni? Ibu?" Tangan aku mula menggeletar. Aku tak pernah tahu! Aku tahu arwah ayah disahkan khayal selepas disiasat, tapi aku tak pernah percaya. Arwah ayah takkan buat benda tak baik.
"Mana abang tahu?" tanya aku, mata kembali merenung Zuhal.
"Sebab abang upah orang untuk siasat, dan abang tahu puncanya. Ibu nak Ayyan bagitahu atau ibu yang akan cerita?" Sinisnya.
"Ibu??" Aku merenung wajah ibu semula.
Namun, ibu membisukan dirinya. Decitan halus dari Zuhal menerpa pendengaran aku.
"She was having an affair with a man. Kayla tahu kan?" Zuhal soal aku mendatar. Perlahan, aku angukkan kepala.
Ya, aku pernah nampak ibu dan seorang lelaki sedang buat benda tak baik sewaktu ayah ke kerja. Namun aku diamkan sahaja. Itu lah yang aku cuba katakan pada ibu tadi. Tamak.
"Jadi apa kena mengena dengan ayah? Tolong terangkan! Kayla tak faham," bentak aku apabila dada sudah seperti mahu pecah.
"Disebabkan Kayla. Ibu tahu yang Kayla nampak ibu dan lelaki tu buat benda tak elok. Tapi entah macam mana, ayah akhirnya dapat tahu juga kerja kotor yang ibu buat selamani. Ibu menganggap Kayla yang ceritakan pada ayah, sebab hanya Kayla yang tahu. Kebetulan masa tu, Kayla minta ayah hantarkan ke universiti kan? Ibu dan Zahra yang letakkan pil khayal dalam air ayah waktu makan malam hari yang sama."
Aku tersandar pada dinding lemah. Aku...tak percaya ibu sekejam itu.
"Kesalahan tu diletakkan semua pada bahu Kayla dan ayah sendiri. Ibu takut kalau ayah tahu, ibu akan diceraikan sehelai sepinggang tanpa apa-apa harta," sambung Zuhal sambil merenung wajah ibu tajam.
"Tapi kenapa sampai membunuh ibu?!" Aku menengking ibu. Sanggupnya dia membunuh suami yang sayangkan dia selama ini.
"Kalau ayah kau tahu aku curang! Sah-sah dia akan ceraikan aku bodoh! Satu sen harta pun aku takkan dapatlah! Puncanya kau! Aku tahu kau yang bagitahu suami aku! Sebabtu aku terpaksa bunuh dia." Jerit ibu kuat.
"Kejamnya ibu. Kayla tak pernah sangka ibu sanggup buat benda terkutuk macam ni. Tapi kenapa salahkan Kayla? Sumpah, Kayla tak ceritakan apa-apa langsung pada ayah." Aku tertunduk.
"Kau fikir aku akan percayakan kau? Kau tu yang kerja nak mengadu dekat ayah kau. Tengok macam Zahra, dia sayangkan aku, bukan macam kau yang cuba nak hancurkan hidup aku!" jawab ibu.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA