Ayyan Zuhal
Debaran di dada semakin menjadi-jadi. Aku betulkan songkok yang terletak di atas kepala. Nafas ditarik dan dilepas perlahan-lahan. Setelah seminggu menyiapkan segalanya, akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Kenapa aku berdebar sangat sedangkan ini merupakan pernikahan aku yang kedua?
Wajah Mikayla yang sedang duduk aku pandang lama. Wajahnya hanya mengenakan solekan nipis namun sudah cukup untuk menarik mata-mata yang memandang.
"Dah sedia?" Huluran tangan tok kadi aku pandang lama sebelum menyambutnya.
"Ayyan Zuhal Bin Muhammad Zainal, aku nikahkan dikau dengan Mikayla Hareesa Binti Mikhael dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai," ujar tok kadi tersebut.
Dengan satu lafaz, "Aku terima nikahnya Mikayla Hareesa Binti Mikhael dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah," kata para saksi dengan serentak.
Terus aku meraup tangan ke wajah. Alhamdulillah! Semuanya sangat dipermudahkan. Aku pandang Mikayla sekali lagi. Dia sedang tersenyum manis ke arahku.
"Oi, mengelamun apa. Sarungkan cincin cepat," bisik Hariz.
Aku melangkah perlahan menghampiri pelamin. Pinggul dilabuhkan di sebelah Mikayla. Ah! Indahnya perasaan ni. Aku tatap wajahnya lama.
"Cincin woi! Kau tengok apa lagi!" laung Hariz.
Aku terus tergelak kecil sambil mengurut belakang leher. Tangan kiriku memegang tangan Kayla, manakala tangan kananku menyarung cincin ke jari manisnya.
Dia menunduk, mencium belakang telapak tangan aku lama. Aku melabuhkan bibir di dahinya.
"Assalamualaikum sweetheart," bisik aku.
Pipinya berona merah. Dia tersenyum malu. "Waalaikumsalam abang..."
Bunyi dan sinaran kamera tidak henti-henti menangkap momen spontan kami berdua.
"Terima kasih, kerana terima abang seadanya. Terima kasih kerana berikan peluang yang sangat berharga buat abang. Abang berjanji Kayla, abang akan jaga dan sayang Kayla sehingga akhir nafas abang." Tatapan aku dilembutkan.
"Terima kasih juga kerana tak pernah putus asa demi menangi hati Kayla semula. Kayla juga akan cintakan abang hingga nafas Kayla terhenti." Dia membelai pipi aku lembut.
"I love you Mikayla Hareesa," ucap aku.
"I love you Ayyan Zuhal," balasnya.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceManusia pertama yang mengajar aku erti cinta merupakan manusia pertama yang mengajar aku rasa peritnya terluka. Hidup Mikayla Hareesa sudah cukup perit selama ini tanpa sesiapa pun tahu, namun Allah hadirkan satu lagi dugaan buatnya. Terpaksa disatu...