Bab 72

10.8K 288 11
                                    

"Are you ready sweetheart?" tanya Zuhal sambil tangannya membetulkan tudung di kepala aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Are you ready sweetheart?" tanya Zuhal sambil tangannya membetulkan tudung di kepala aku.

"Kayla malu lah abang, dengan baby bump lagi.." Aku merenung para tetamu di sebalik pintu.

"Alah, comel apa? Lagipun bersebab kita bersanding macamni. Sebelum ni macam-macam dugaan, tapi kalini, Allah permudahkan segalanya." Dia mengucup pipi aku sekilas lalu.

"Pegang tangan Kayla ya? Jatuh nanti haaa..." Sempat aku berpesan kepadanya. Aku perkemaskan suit berwarna beige yang dipakainya.

"Handsomenya awak.." luah aku.

"Apa kurangnya Kayla? You're so gorgeous sweetheart." Dia menyuakan lengannya lalu aku melingkarkan tangan aku ke lengannya.

Aku membalas renungan matanya lama. Dua tahun telah berlalu. Kini, aku sedang mengandungkan anak kedua. Sudah berusia 5 bulan. Siapa cakap semuanya mudah? Zuhal memaksa aku sambung belajar semula. Katanya sayang kerana aku berhenti di hujung jalan. Tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sesibuk mana pun aku, dia sentiasa ada. Menjaga aku, menjaga Zayra. Tidak pernah sekalipun aku dengar keluhan terbit dari bibirnya.

Sungguh, aku tidak sangka lelaki yang pernah membenci aku kini berubah menjadi lelaki yang terlalu mencintai aku. Tidak pernah dia tinggikan suaranya kepada aku. Seletih mana pun dia, tetap melayan kerenah aku dan anak kami.

"Hey? Termenung apa?" Jarinya dipetik-petikkan di hadapan muka aku.

Aku tersengih malu.

"Korang ready? Lagu nak mula." Tegur Hariz dari pintu dewan.

Kami berdua menganggukkan kepala sebagai jawapan. Nafas dalam ditarik bagi menghilangkan rasa debar. Saat pintu dewan terbuka luas, terus bergema musik yang dinyanyikan oleh Maher Zain bertajuk For The Rest Of My Life di dalam seluruh dewan.

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know

Kami beriringan melangkah masuk ke dalam dewan. Automatik rasa malu menyerbu ke wajah. Aku melangkah setapak demi setapak kerana takut terjatuh. Gaun labuh berwarna beige dihiasi sulam dan permata terletak elok di tubuh aku bersama tumit tinggi yang tidaklah berapa tinggi. Kata Zuhal, kalau jatuh kan bahaya?

"I'm here sweetheart. Kalau nervous, pandang saja wajah abang," bisiknya perlahan.

Terus aku memandangnya. Bibir automatik terukir senyuman apabila dia mengenyitkan mata ke arah aku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now