Bab 9

8.5K 333 11
                                    

       TERPISAT-PISAT mata aku cuba membuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       TERPISAT-PISAT mata aku cuba membuka. Aku mengeliat kecil sebelum mengubah posisi kepada duduk. Jam di telefon dibelek.

"Ah dah pukul 8," keluh aku. Kelas aku bermula pada pukul 10.

"Ouch." Aku mendesis kesakitan apabila meletakkan tekanan pada tapak tangan kanan aku yang terhiris pasu semalam.

Balutan dibuka, luka sudah semakin baik namun masih sakit. Aku perlu menukar balutan ini. Kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah 15 minit, aku kembali keluar dari bilik air. Masih ada darah yang keluar dari luka aku. Lantas, peti kotak kecemasan milik aku diambil. Tangan dibalut sendiri.

Tiba-tiba pintu bilik aku dirempuh dari luar. Tersentak aku.

"Kau pekak ka apa hah?" marah Zuhal dari luar pintu.

Aku yang sedang berkemban terkejut melihatnya.

"Saya mandi lah. Awak nak apa?" tanya aku.

"Mummy daddy ajak balik rumah malam nanti. Dinner. Pastikan kau ada dekat rumah sebelum 8 malam. Kita pergi sekali," arahnya. Aku perasan matanya membelek ke arah peti kotak kecemasan di bawah.

"Habis kerja saya balik. Pukul 7," jawab aku mendatar.

"Tak perlu kerja harini. Aku bayar kau. Aku tak suka kalau orang melambatkan perjalanan aku nanti. No excuses! Faham?" Dia menegaskan suaranya.

Lantas, aku mengangukkan kepala perlahan-lahan.

"Tangan tu dah kenapa?" tanya dia, kaki melangkah masuk ke dalam bilik aku.

"Luka. Awak keluar lah. Saya nak bersiap. Ada kelas ni," jawab aku, kepala masih ditundukkan.

"Tengok," arah dia apabila berdiri tepat di hadapan aku.

Aku menggelengkan kepala, tangan dibawa ke belakang. Namun dia dengan lebih pantas merentap lengan aku. Balutan dibuka.

"Semalam?" tanya dia.

"Ya." Itu sahaja jawapan aku. Malas beramah mesra.

"Duduk. Balut macam ni tahun depan belum tentu sembuh," bebel dia. Aku mengerutkan wajah aku. Hairan, tiba-tiba dia ambil berat.

"Sapu lah ubat dulu sebelum balut." Tangkas tangannya membuat kerja.

"Perlu ke sampai cederakan diri sendiri semalam?" Dia merenung mata aku.

"Saya tak terasa sakit tu semalam. Lebih kepada takutkan awak." Perlahan aku menjawab. Reaksi wajahnya berubah. Dia meraup rambutnya ke belakang.

"Tak perlu kerja harini. Kau kerja, siap kau." Jari ditunding tepat pada wajah aku.

"Ya. Tak kerja." Aku menganggukkan kepala.

"Ok. Aku pergi kerja dulu." Dia memusingkan tubuhnya membelakangkan aku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now