Bab 65

9.5K 322 63
                                    

Mikayla Hareesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikayla Hareesa

Cincin di jari aku tenung lama. Ringkas, tetapi elegan. Jari aku mengusap cincin itu lama. Kepala terfikirkan tentang Rayden. Katanya dia mahu mempercepatkan pernikahan kami. Hati aku berdebar, mungkin kerana takut? Aku tidak tahu.

Tok tok! Pintu bilik diketuk sebelum dibuka dari luar. Kepala Kak Izzati terjengul.

"Kenapa macam muram ja ni? Sepatutnya orang kena lamar mesti bahagia, tersenyum lebar. Jadi, kenapa Kayla tak senyum pun?" Kak Izzati melabuhkan duduk di sisi aku, atas katil aku.

"Kayla nervous kot akak. Kali kedua nak kahwin. Rasa macam pelik pula." Aku tergelak kecil sambil menggelengkan kepala perlahan.

"Kayla pasti dengan keputusan ni?" tanya Kak Izzati.

Aku mengangkat wajah, memandangnya dengan hairan, "Kenapa akak tanya macam tu?"

Tangan aku dicapainya sebelum dia menjawab.

"Macam akak katakan beberapa hari lepas, akak nak tengok Kayla bahagia dengan sesiapa pun, walaupun lelaki yang Kayla pernah benci. Akak nampak Kayla masih ragu-ragu. Kayla pasti dah buat solat Istikharah banyak kali sebelum ni kan? Jadi akak rasa Kayla ada jawapannya. Jangan menidakkan apa yang hati kita mahu Kayla. Akak sayang Kayla, sangat. Biarpun Kayla tak jadi adik ipar akak, akak akan tetap sayang dan sokong Kayla," kata Kak Izzati bersama usapan di tangan aku.

"Akak, Kayla nak mencuba, lagipun bercinta selepas kahwin kan indah? Lagipun Kayla selalu berdoa, jika Kayla berhak jatuh cinta lagi, izinkan Kayla jatuh cinta kepada seseorang yang berhak Kayla miliki, kerana Kayla taknak lalui episod yang menyakitkan lagi. Jadi, Rayden lamar Kayla, mungkin dia jawapannya." jawab aku.

Perbualan kami terhenti dek ketukan kuat pada pintu. Aku pandang Kak Izzati, dia juga pandang aku. Aku jongketkan bahu sebagai tanda tidak tahu.

"Rayden ka akak?" tanya aku seraya menapak keluar.

"Tak tahu, dia tak cakap pun nak datang." jawab Kak Izzati sambil mengikuti aku.

Perlahan-lahan tangan aku mencapai tombol pintu dan memulasnya perlahan sebelum dibuka luas.

Terbuntang mata aku melihat Ayyan Zuhal di hadapan, bersama kesan air mata dan balutan di tapak tangan hadapannya.

"Zuhal? Kenapa ni? Apa yang jadi? Kenapa awak menangis?" Bertalu-talu soalan keluar dari belahan bibir aku.

Baru sahaja aku ingin menapak menghampirinya, dia jatuh melutut di hadapan aku bersama kepala yang menunduk. Automatik langkah aku terundur dua tapak ke belakang.

"Zuhal? Apa ni?" tanya aku, dada seperti mahu pecah memikirkan sebabnya.

"Please, don't fall in love with him Kayla. Please, I'm begging you. Don't fall in love with anyone except for me. I know I'm selfish but I don't care. Please Kayla." Dia membawa kedua-dua tapak tangannya bertemu, seperti merayu.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now