Bab 71

8.7K 231 5
                                    

Mata terbuka dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata terbuka dengan perlahan. Aku membawa sebelah tangan ke mata, melindungi silau matahari. Aku cuba gerakkan tangan kiriku, namun digenggam erat. Aku menoleh, dan melihat Zuhal yang sedang nyenyak tidur sambil menggengam tangan aku erat. Kepalanya dialaskan dengan sisi katil aku.

Senyuman kecil terukir di pinggir bibir. Aku membawa tangan kananku dan mengusap wajahnya perlahan. Entah berapa lama aku pengsan. Yang pasti, sangat lama. Lihat sahaja susuk tubuh Zuhal dan wajah cengkungnya. Aku yakin lama.

Pergerakan tangan aku terhenti tatkala dia menggerakkan kepalanya. Genggaman di tangan aku dilepaskan dan dia menyandarkan tubuh pada kerusi.

Aku terlepas tawa. Dia masih tidak sedar.

"Abang...." panggil aku perlahan. Tekak berasa perit.

"Hm.. Kenapa sweetheart?" sahutnya dengan mata yang masih terpejam.

Tidak sampai lima saat, matanya terbuka luas.

"Kayla?!" jeritnya.

"Hi abang..." Aku tersenyum manis kearahnya.

"Ya Allah, Kayla dah sedar." Dia melabuhkan duduk di sisi katil aku. Wajah aku dicium bertalu-talu. Aku hanya merenung wajahnya yang telah basah dengan air mata lama.

Berkali-kali dia mengucapkan syukur kepada Allah. Dia memegang kedua-dua belah pipi aku lama.

"Abang tak bermimpi kan? Kayla betul-betul sedar kan ni?" tanya dia.

Aku anggukkan kepala perlahan. "Nak air..."

"Ya Allah, sorry abang terleka," laju dia mencapai gelas dan dituangkan air kepada aku. Kepala aku dipegangnya lembut dan gelas diletakkan pada bibir aku.

"Dah?"

Aku anggukkan kepala lagi.

"Kejap abang panggilkan doktor." Zuhal mencapai butang di belakang katil aku dan ditekan.

"Ya Allah, abang rasa macam masih bermimpi. Akhirnya, Allah makbulkan doa abang, doa semua orang. Sungguh, abang rindukan isteri abang. Abang terlalu mendambakan kasih dan sayang dari pemilik hati abang yang seorang ni." Sekali lagi, dia mengucup dahi aku lama.

"Kayla....rindukan abang, rindukan Zayra.." kata aku perlahan.

Pintu yang terkuak membuatkan Zuhal menjarakkan dirinya, memberikan ruang kepada doktor untuk memeriksa Mikayla.

Pintu yang terkuak membuatkan Zuhal menjarakkan dirinya, memberikan ruang kepada doktor untuk memeriksa Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now