Bab 44

8K 285 29
                                    

      SUDAH masuk 4 hari Zuhal tidak pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      SUDAH masuk 4 hari Zuhal tidak pulang ke rumah. Entah ke mana dia pergi. Di syarikatnya juga langsung aku tak nampak. Harini merupakan Annual Dinner Zaarp's Properties & Hotel Group.

Risaukah aku padanya? Jujurnya ya. Dia masih suami aku. Tapi aku juga sedar diri. Perlu lagi aku menagih kasih pada yang tak sudi? Aku ke kerja dan pulang ke rumah menggunakan kereta yang diberikan kepada aku. Motosikal aku tak dapat dihidupkan, nak bawa ke bengkel tak ada masa pula. Jadi aku biarkan dulu.

Aku melangkah perlahan-lahan ke dalam lobi syarikat. Kelibat Zaiden aku terlihat, laju aku melarikan pandangan.

"Kayla."

Aku melepaskan keluhan apabila suaranya memanggil aku.

"Saya minta maaf," ucapnya.

"Saya taknak tengok muka awak Zaiden. Tolong jauhkan diri awak. Kalau awak nak saya maafkan awak, jangan sesekali dekati saya lagi," tutur aku dengan tegas tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.

"Reesa, saya betul-betul...."

"Stop it Zaiden! Awak dengar apa yang saya cakap kan? Pergi!" Aku meninggikan suara, namun hanya untuk dia mendengar.

"Fine." Lelaki itu akhirnya melangkah pergi.

Aku melepaskan nafas lega. Meja aku tuju, suis komputer dibuka. Aku melabukan duduk. Belum punggung panas, telefon aku berbunyi.

Daddy?

Laju aku menjawab telefon yang sedang berdering.

"Ya waalaikumsalam daddy. Kenapa ni?" Aku memulakan bicara.

"Daddy dah cuba call Ayyan tapi tak berangkat lah pula. Boleh Kayla tengokkan dekat pejabat dia tak? Daddy ada hal penting ni," tanya daddy.

"Oh boleh, nanti Kayla bagitahu Ayyan ya."

Setelah panggilan ditamatkan, aku berlalu ke aras 27. Baru awal pagi, belum tentu Zuhal sudah tiba di pejabat. Aku menarik nafas dalam, berdebar. 4 hari tidak bertemu dengannya selepas apa yang terjadi. Aku risau dengan reaksinya nanti.

Ting!

Pintu lif terbuka. Aku menapak keluar dengan perlahan. Setiausahanya pun tak ada. Apa lagi? Demi mengelakkan soal jawab bersama setiausahanya, laju aku ke pintu yang tertera nama suamiku. Tangan diangkat dan pintu diketuk. Namun tiada balasan. Sebarang bunyi pun tak ada. Aku memulas tombol pintu, dan terpampang di hadapan aku, Zuhal dan Rania.

Zuhal yang sedang duduk di kerusi dan Rania di atas pahanya. Sedang bermesra antara satu sama lain. Mata meleret ke kemeja miliknya yang sudah terbuka butang. Aku tergamam. Kaki aku terpaku di lantai.

"Kayla."

Aku mengerdipkan mata aku. Lalu mengerling ke arah Rania yang sedang tersenyum senget. Hati aku tak payah cakap lah. Terlalu sakit. Aku kecewa. Aku fikirkan hidupnya tanpa aku mungkin akan memberi kesan. Nampaknya tidak.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now