Bab 12

8.7K 326 5
                                    

       KELUHAN panjang aku lepaskan apabila melihat tapak tangan aku yang masih luka kerana melecur semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       KELUHAN panjang aku lepaskan apabila melihat tapak tangan aku yang masih luka kerana melecur semalam. Nasib lah sikit sahaja namun sakitnya terasa.   

Kaki diatur menuju ke kelas. Berbaki lagi 3 minggu sebelum peperiksaan akhir aku bermula. Sudah hampir, namun aku masih tidak mengulang kaji apa-apa.

"Woi!" jerit Shasha.

"Ish kau ni. Malu lah sikit dekat orang." Lengannya aku tampar lembut.

Dia hanya tersengih seperti kerang busuk. Tangan aku ditarik dan kami masuk ke dalam kelas.

"Kau dah study?" tanya Shasha. Segala buku dikeluarkan sebelum pensyarah masuk.

"Hm belum lagi weh. Tak sempat," keluh aku.

"Alah kau bila aku tanya, jawapannya manjang belum. Lepastu bila keluar keputusan test, kau lah terpaling score. Menyampah aku."

Aku tergelak kecil apabila melihat Shasha menjuihkan bibirnya.

"Mana lah aku tahu. Mungkin aku gifted la kot. Tapi betul lah aku memang tak study apa pun!" Tangan kanan diangkat seperti bersumpah.

"Hm yelah. Kejap lagi kita lepak dekat kafe kau kerja nak? Bukan lepak lah. Study hehe. Lepastu kau boleh terus masuk kerja," tanya Shasha perlahan apabila pensyarah sudah melangkah masuk.

"Ya boleh ja," jawab aku.

"Eh jap, tangan kau kenapa?" Dia membelek tapak tangan aku sebelum matanya bersabung dengan mata aku. "Kau melecur ni Reesa."

"Ya, air tertumpah atas tangan semalam. Tak ada apalah aku okay saja." Wajah sebaik mungkin cuba memaksa senyum.

Setelah melihat anggukan Shasha, aku melepaskan nafas lega. Kami berdua kembali menumpukan perhatian di hadapan. Tambahan pula ini subject core. Susah betul!

"Okay students! Cari pasangan masing-masing. Lelaki dan perempuan! Saya taknak sesama jantina, saya tahu kamu semua kuat menyembang," laung Madam Zirah dari bawah.

Serentak, keluhan dilepaskan kami semua.

"Aku nak pair dengan Idham! Bye muah!"

Tanpa sempat aku menghalang, Shasha sudah berlalu pergi ke arah jejaka idamannya. Aku? Terkontang-kanting seorang diri sehinggalah aku disapa satu suara.

"Hi. Saya pair dengan awak boleh?" tanya Zaiden.

Aku automatik menggaru kening, mata meliar ke sekeliling. Nampaknya hampir kesemua sudah ada pasangan.

"Boleh," jawab aku, terpaksa.

"Nak buat macam mana ni?" tanya Zaiden setelah melabuhkan pinggulnya di kerusi.

"Um kita bahagi soalan boleh? Awak ambil 5, saya ambil 5. Lepastu kita cek semula jawapan." Aku memberikan cadangan. Memandangkan masa yang diberi hanyalah 30 minit, kami memang perlu bahagi, kalau tak, pasti akan kesuntukan masa.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now