Bab 14

8.5K 312 15
                                    

       TIDUR aku terganggu apabila aku merasakan kaki aku dipegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       TIDUR aku terganggu apabila aku merasakan kaki aku dipegang. Mata dicelik perlahan-lahan.

"Zuhal? Awak dah balik?" Aku berkata dengan suara serak. Entah bagaimana aku boleh terlelap di atas sofa ruang tamu.

Soalan aku diabaikan seperti angin lalu. Apabila otak dan akal aku mula bekerja, terus aku menolak tubuhnya.

"Zuhal? Bau apa ni? Awak mabuk ke?" Aku menjauhi tubuhnya. Bau seperti masam melekat di bajunya.

Aku merenung dia. Tidak ada kata yang mampu aku luahkan. Terkejut? Ya. Aku tak pernah sangka kehidupannya macam ini.

"Come here sweetheart." Dia menarik tangan aku merapati tubuhnya.

"Zuhal. Jom masuk bilik awak." Aku memimpin tubuhnya ke bilik.

Tiba sahaja di bilik, tubuhnya aku baringkan ke atas katil. Lantas aku mengorak langkah keluar.

"Hey!" Terjerit aku apabila dia merentap lengan aku.

"I need you now Kayla," katanya dengan mata separuh terbuka. Dengan bau busuk dari mulutnya yang membuatkan aku ingin memuntahkan segala isi perut.

"Zuhal, apa benda awak ni? Tidur jelah." Aku menolak tubuhnya kembali. Namun dia menjadi lebih agresif.

Tubuh aku ditolak ke katil. Baru sahaja dia ingin merapatkan wajahnya dengan aku, laju tangan aku melempang wajahnya dengan kuat. Terteleng kepala Zuhal.

"What is wrong with you Zuhal? Awak ingat saya tak tahu apa awak buat malam tadi? Sekarang ni awak nak saya pula? Lelaki bernafsu jenis apa awak ni?!" Aku menengkingnya.

"Oh kau tahu? Mana kau tahu? Kau intip aku?" Dia melepaskan tawa kecil.

"Cukup lah. Saya takda masa lah nak gaduh dengan awak pagi-pagi buta macamni!"

Sekali lagi langkah aku terhenti apabila telinga aku menangkap bunyi dentuman. Laju kepala aku menoleh ke belakang.

"Astaghfirullah..."

Tubuh Zuhal yang sudah terbaring jatuh menyapa mata aku. Perlahan aku melangkah ke arahnya semula. Pipinya aku tampar lembut, ingin memastikan dia sedar.

"Kenapa lah awak rosakkan diri awak macamni Zuhal?" bisik aku kepadanya walhal aku tahu bukannya dia dengar sangat.

"Zuhal? Bangun pergi mandi."

Dengan menggunakan sepenuh tenaga aku, aku mengheretnya ke atas bilik airnya. Yalah, tubuhnya tegap, padahal aku macam lidi saja. Rasa nak patah belakang angkat suami sendiri.

Apabila melihat dia masih mabuk, aku mengambil air sejuk dan percikkan ke muka dia.

"Bangun Ayyan Zuhal! Jangan sampai saya mandikan awak dekat sini ya?" Belakang badannya aku tampar berkali-kali.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now