Bab 43

7.7K 274 36
                                    

       "HABIS benda dekat leher kau tu apa benda Mikayla?!" tengking dia sekuat hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "HABIS benda dekat leher kau tu apa benda Mikayla?!" tengking dia sekuat hati.

Automatik tangan aku terangkat, memegang leher di bahagian kanan aku. Baru aku teringat apa yang dilakukan Zaiden.

"Tak.. Kayla hampir kena rogol abang. Zaiden...dia yang cuba rogol Kayla tadi." Bergetar bibir aku. Air mata kembali merembes.

"Menipu apa kau ni?! Rogol apa petang-petang, tengah cerah?! Dalam kereta? Kau ingat aku ni bodoh kan Mikayla?!" tempiknya. Wajah menyinganya aku pandang takut-takut.

"Kayla tak tipu. Apa lagi yang Kayla perlu buat untuk buktikan yang Kayla tak sentuh lelaki lain selain abang?" Rendah nada aku. Aku mendongak memandangnya.

Senyum sinisnya terukir di bibir, lalu dia menarik tubuh aku dan dilempar ke sofa.

"Abang, jangan!" Aku menumbuk dadanya.

Pang! Wajah aku dilempang.

"Aku dah agak! Perempuan murah macam kau memang takkan berubah! Apa tak puas layanan yang aku bagi sampai kau menjual diri dekat jantan lain Mikayla Hareesa?!"

Kedua-dua pergelangan tangan aku digenggam erat olehnya, sementara satu tangan lagi membuka butang kemejanya satu persatu.

"Aku dah agak, kau penipu. Konon layan aku baik. Rupanya bersebab. Kau suka dilayan kan Mikayla?"

Laju aku menggelengkan kepala. "Tak abang. Tolong jangan."

Sekelip mata, dia membenamkan wajahnya di leher aku.

"Kau suka kan?!"

Dia meragut bibir aku kasar. Saat dia mengangkat bibirnya dari bibir aku, wajahnya didekatkan pada dada aku. Namun dengan pantas aku menghalang.

"CUKUPLAH ABANG!" yengking aku sekuat hati. Ya, aku berjaya menghalang suami aku sendiri menyentuh aku dengan cara kotor.

Dia tersenyum sinis memandangkan aku yang seperti pelacur di matanya.

"Sampai hati abang, tak percayakan Kayla. Abang pernah janji untuk percayakan Kayla, untuk lindungi Kayla walau apapun yang terjadi. Tt..tapi kenapa abang mungkir janji abang?"

Teresak-esak aku menuturkan ayat. Senyuman sinis yang terukir di bibirnya terus menghilang.

"Abang lupa? Kayla maafkan abang atas semua dosa lalu abang pada Kayla. Namun sekarang, kenapa abang menghukum Kayla atas salah yang Kayla langsung tak buat? Apa jijik sangat Kayla pada mata abang? Siapa Kayla pada abang sebenarnya?" Mata yang berkaca aku kerdip laju-laju.

Cengkaman di pergelangan aku dilepaskan, laju aku cuba menjauhkan diri namun tubuh aku ditekan olehnya yang sedang berada di atas aku. Pipi aku dicengkam. Api marah jelas di kornea matanya. Terasa bagaikan tulang pipi aku hampir patah. Air mata tidak berhenti mengalir. Aku benci menjadi selemah ini dihadapannya. Sedangkan ibu juga pernah perlakukan aku sebegini, namun aku tidak pernah selemah ini!

"You, are nothing to me Mikayla. Everything was a lie."

Aku terpempan. Mata aku terus merenungnya. Benarkan apa yang aku dengar?

"Apa abang cakap ni?" Tergagap-gagap aku menghabiskan ayat.

"You heard me." Dia tekankan setiap patah perkataannya.

"Tak. Abang tipu kan? Pandang mata Kayla dan cakap yang abang tak cintakan Kayla." Biarlah kedengaran seperti rayuan di telinganya, asalkan aku tahu kejujuran di sebalik pernikahan kami.

"You're too naive sweetheart. Everything I did for you was just an act. Including my love for you. Hebat kan lakonan aku?"

Setitik demi setitik air mata laju mengalir. Ya Allah....ini semua hanya sebuah penipuan?

"Pasal Rania lagi ke abang?" tanya aku bersama tangisan.

"I told you, she's the only woman in my heart. There were never you."

Tubuh aku seperti lumpuh. Tidak mampu beriak apa-apa.

"Oh don't worry about your mum or Malikha. Yang itu, aku dah lepaskan. Cuma, aku benci penipu macam kau! Konon taat suami, sayang suami, tapi apa yang kau buat belakang aku hah?!" Dia kembali meninggikan suara.

"Dah banyak kali Kayla cakap. Kayla tak buat. Tapi abang tak percayakan Kayla langsung pun kan? Pada mata abang, Kayla memang tak ubah seperti perempuan malang kan?" tanya aku mendatar.

"Tapi apa bezanya abang dengan Kayla? Kayla nampak dengan mata kepala Kayla sendiri abang keluar dengan Rania. Padahal abang patut jemput Kayla balik! Kayla call abang, tapi abang tipu! Salah abang semua ni terjadi! Kalau abang ada, Kayla tak jadi macamni. Zaiden...hampir sangat rogol Kayla. Tapi mana abang?! Abang pergi menyundal dengan betina tu belakang isteri abang! Apa beza abang dengan Kayla?! Abang penipu dan Kayla tidak!" Aku menumbuk dadanya bertalu-talu.

Dia hanya kaku di atas aku.

"Jangan kurang ajar dengan aku Mikayla! Aku ni suami kau!"

"Oh suami? Suami jenis apa yang lebih percayakan orang luar dari isteri sendiri?! Suami jenis apa yang pura-pura selama ni hanya untuk tutup mata semua orang?! Suami jenis apa awak ni Ayyan Zuhal? Mana Ayyan Zuhal yang saya kenal beberapa minggu lepas? Mana suami saya yang janji dan bersumpah untuk sayang, jaga dan cintakan saya? Mana?!" lawan aku. Air mata yang laju mengalir aku hiraukan.

Terus dia bangun dari tubuhku dan meraup wajahnya kasar.

"Kau diam lah! Kau tak tahu apa yang aku rasa bila tengok gambar tu, bila tengok kesan pada leher kau! Kau tahu tak maruah aku seperti dicabar-cabar?!"

Aku dan dia berpandangan sesama sendiri.

"Habis abang tahu tak apa yang Kayla rasa?! Abang tahu tak apa rasanya bila maruah hampir diragut?! Abang takkan tahu! Kayla terlalu takut. Kayla harapkan abang jadi pelindung Kayla, tapi mana abang?! Abang asyik fikir perasaan, maruah dan martabat abang. Kayla ni apa? Tiang? Pokok? Patung?"

Dia melepaskan nafas berat, langkah kakinya menghampiri aku.

"Kayla...sejak bila Kayla dah pandai melawan sampai macamni?" tanya Zuhal setelah tiba tepat di hadapan aku.

"Sejak Kayla sedar yang abang tak pernah ikhlas dengan Kayla. Perlu ke Kayla pertahankan apa yang sudah terang lagi bersuluh dah hancur?" sinis aku.

"Dah hancur? Apa benda yang dah hancur? No Kayla. Kau masih isteri aku," jawab Zuhal

"Cukuplah abang. Hidup Kayla dah cukup menderita sebelum ini abang. Abang lupa? Kayla hilang ayah. Kayla hilang ibu. Kayla hilang Zahra. Kayla hilang diri Kayla. I've lost everything. What more could I lose?"

Aku menarik nafas, memandang jauh ke dalam anak matanya.

"Buat lah apa abang nak buat. Kayla dah penat. Suatu hari nanti, kalau Kayla nak pergi, jangan sesekali halang Kayla." Aku memusingkan tubuh untuk berlalu pergi.

"Aku takkan halang kau."

Aku hanya mendengar derap langkahnya keluar dan pintu dihempas kuat. Bunyi enjin kereta berbunyi meninggalkan halaman rumah. Meninggalkan aku seorang diri tanpa sesiapa. Perlahan-lahan, aku menjatuhkan tubuh ke lantai. Lutut ditarik rapat ke dada. Aku melepaskan tangisan semahu-mahunya. Siapa cakap mudah untuk berpura-pura kuat saat kau sedang rapuh? Tak mudah. Aku tak kuat. Namun aku perlu berpura-pura.

Secepat ini aku rindukan suami yang masih ada di depan mata. Aku rindukan Ayyan Zuhal yang sentiasa menenangkan aku. Aku rindu dia yang menjaga aku, aku rindukan dia yang memeluk aku saat aku perlukan dia. Kenapa secepat ini kau ragut kebahagiaan aku Ya Allah? Apakah manusia seperti aku tak layak merasakan bahagia? Sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir?

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now