Bab 37

7.8K 251 2
                                    

       AKU merenung skrin di hadapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AKU merenung skrin di hadapan aku. CCTV syarikat. Tertayang figura suami aku di dalam bilik mesyuarat.

"Abang tak tipu Kayla. Itu gambar lama. Rania tipu, dia sengaja nak melaga-lagakan kita. Kan abang dah cakap, abang dah lama tak jumpa dia," terang Zuhal dengan lembut, tangannya tidak melepaskan telapak tangan aku dari tadi.

"Tapi tak mengubah hakikat yang abang masih tipu Kayla." Aku mengeraskan tubuhku, tidak memberi reaksi kepada sentuhannya.

"Mikayla Hareesa. Listen here." Tapak tangannya bergerak ke wajah aku pula. Dia memegang kedua-dua pipi aku, didongakkan memandangnya.

"Memang abang tipu Kayla, sebab itu kisah lalu abang. Abang taknak Kayla sakit. Abang bukan orang yang baik. You don't want to know my past sweetheart." Renungannya berubah tajam.

Aku diam. Masih keliru dengan apa yang terjadi. Tak lama kemudian, dia melepaskan keluhan berat.

"Kayla memang betul-betul nak tahu kisah silam abang? Masa abang dengan Rania? Kayla memang nak tahu ke apa yang abang dah buat dengan Rania?" soalnya bertubi-tubi. Pegangan pada wajah aku dilepaskan. Automatik aku tertunduk. Bermain dengan jari jemari sendiri.

"Tak nak. Kayla minta maaf. Kayla cuma takut." Aku menoleh ke sisi, mendongak dan merenungnya. Pandangan mata kami bertemu.

"Kayla tak pernah salah, dan tak perlu takut. Abang takkan kembali pada Rania dah. Kan abang dah ada isteri yang sah? Baik, cantik pula tu." Dia tersenyum manis, hati yang gelisah tadi kembali tenang.

"Abang minta maaf, abang patut tahu yang Rania akan buat benda macamni. I told you before this, hanya Kayla yang akan abang cinta dan sayang sebelum ni kan? I meant every word I said sweetheart. I love you." Dia melabuhkan bibirnya di ubun-ubun aku lama.

"Kalau benda yang sama jadi pada Kayla, adakah abang akan percayakan Kayla?" Persoalan tersebut timbul di dalam fikiran aku secara-tiba.

"Of course I do. Kayla kan isteri abang? Dah jom balik. You need rest." Tubuh aku dipeluk sekejap, lalu dilepaskan.

       "Abang, ibu macam mana?" tanya aku setelah dia selesai menyapu ubat pada tubuh aku yang lebam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Abang, ibu macam mana?" tanya aku setelah dia selesai menyapu ubat pada tubuh aku yang lebam.

"Abang bagi masa dekat ibu seminggu untuk dia serahkan diri. Ni abang nak tanya, Kayla okay tak dengan apa yang abang buat pada ibu?"

Soalannya membuatkan aku terdiam seketika. Namun, aku anggukkan kepala.

"Kayla okay. Apa yang ibu buat merupakan satu jenayah. Kayla faham." Aku tersenyum tawar.

"Lagi satu, lepasni kalau Rania datang, atau cakap apa-apa. Tolong bagitahu abang. Boleh?" Kedua-dua belah pipi aku dicekup.

"Boleh," jawab aku.

"Janji?" Jari kelingkingnya dihalakan ke arah aku.

"Janji." Aku tergelak kecil. Jari kelingkingnya disambut dengan jari kelingking aku.

"Kesiannya isteri abang ni. Dah sembap muka. Pergi tidur. Apa-apa panggil abang." Sempat dia mencium pipi aku sekilas lalu dan membaringkan tubuh aku.

Dia berlalu keluar, tinggal lah aku seorang diri. Aku baringkan tubuh, merenung ke siling dengan pandangan kosong. Tanpa aku sedar, air mata mengalir perlahan. Mengingatkan arwah ayah dan ibu, membuatkan hati aku berasa hiba. Aku tahu ibu bencikan aku, tetapi aku tak pernah sangka hati ibu sekejam itu.

"Sweetheart?" panggil Zuhal dengan perlahan.

"Hei ya Allah kenapa menangis ni?" Wajah risaunya aku perhati bersama linangan air mata.

Aku gelengkan kepala perlahan-lahan. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku. Tipu lah kalau tak terdetik rasa ingin mati dalam hati aku. Selalu sangat aku berfikiran begitu.

"Kayla sayang, cakap dengan abang. Kenapa ni?" Dia menarik tubuh aku yang terbaring ke dalam pelukannya.

"Terima kasih," ucap aku bersama esakan.

"Untuk apa pula?" Dia menjarakkan tubuh kami semula.

"Sebab ada dengan Kayla. Kalau abang tak ada, Kayla tak tahu apa yang Kayla akan buat. Mungkin Kayla dah lama mati." Aku tertunduk lemah.

"Ish apa cakap macamtu, tak baik lah." Kepala aku diusapnya perlahan.

"Dulu, selepas arwah ayah meninggal. Kayla memang hilang tempat bergantung sepenuhnya. Nak harapkan Shasha, dia pun ada masalah sendiri. Jadi Kayla pendamkan semuanya seorang diri hingga akhirnya makan diri Kayla. Kayla jadi seorang yang pendiam. Suara-suara dalam kepala setiap hari yang seperti mengajak Kayla untuk akhiri kehidupan Kayla semakin kuat. Tapi entah kenapa Kayla masih bernafas sampai sekarang." Aku meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.

"I crave love, to feel love, to be loved. I crave love so much because I never really got that throughout my childhood. Ya, ayah ada. Dan Kayla bersyukur dapat rasakan kasih sayang dia walaupun bukan selalu. Dia selalu kerja, balik lewat malam. Ayah jarang tahu apa yang jadi dekat Kayla, tapi Kayla faham. Ayah cari rezeki untuk kami."

Aku jeda.

"Dan pada akhirnya abang jadi suami Kayla secara tiba-tiba. Dan macam biasa, Kayla mengharapkan kasih pada yang tak sudi. Kayla tetap dengan pendirian Kayla. Bagi Kayla, kalau Kayla cintakan seseorang tu dengan ikhlas walaupun tak dibalas balik, pasti akhirnya nanti dia akan sedar dan mula sayangkan Kayla semula. Alhamdulillah, abang cintakan Kayla akhirnya. Ibu? Kayla tak tahu."

Kepala aku didongakkan perlahan oleh Zuhal. Matanya merenung aku lembut sambil tersenyum nipis.

"You're a strong woman sweetheart. I love you for you. Abang minta maaf terlewat. Lepas ni, Kayla tak akan keseorangan. Abang ada. Jangan pendam. Don't bottle up your feelings alone. I'll be here for you." Tangan kasarnya mengesat air mata aku.

"Abang janji? Walaupun apa yang berlaku?" Aku senyum hambar.

"Abang janji." Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan semula.

"Dah jangan sedih-sedih," katanya perlahan.

"Boleh tak kalau esok Kayla nak jumpa ibu?" Aku menyoalnya.

Seperti yang aku jangka, reaksi wajahnya berubah.

"Untuk apa?"

"Kayla cuma nak tahu kenapa ibu buat macam tu. Kayla cuma nak kepastian untuk kesemua persoalan Kayla. Boleh?"

Dia mengeluh perlahan.

"Boleh. Tapi abang ikut. There's no way I'm going to let you go there alone again." Wajah berubah menjadi serius.

"Okay abang. Tapi kalau lah. Kalau Kayla tak nak menghukum ibu, abang akan okay? Kalau Kayla tak nak ibu ke penjara, abang akan terima tak?" Perlahan aku menyoal. Bibir bawah digigit.

"Kenapa pula tanya macam tu? Itu kan ibu Kayla." Mata kami bertemu. Dahinya berkerut.

"Memang itu ibu Kayla. Tapi Malikha kan adik kembar abang. Kayla cuma nak tahu kalau abang nak kan keadilan untuk arwah. Itu saja."

Aku lihat dia terdiam. Dada aku terus berdebar.

"Abang dah redha. Apa pun keputusan Kayla, abang akan terima."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now