Bab 42

7.8K 249 27
                                    

       

       SUDAH masuk hari ketiga aku disini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       SUDAH masuk hari ketiga aku disini. Kerja pun sudah mula diberikan. Makin sibuk pula. Maklumlah 4 hari lagi akan ada Annual Dinner pula. Jam di tangan aku belek, sudah pukul 4:55 petang. Terus aku berkemas-kemas.

"Hi Kayla," tegur Zaiden dari belakang.

"Oh hi. Kenapa ya?" tanya aku sambil menggalas beg.

"Saya hantarkan awak balik nak?"

Terus aku hairan. Dah kenapa?

"Suami saya ada lah. Awak tak perlu susah-susah." Aku menolak pelawaannya dengan lembut.

"Eh tapi tadi saya nampak Encik Ayyan dah keluar? Dengan seorang wanita. Baru sangat dorang berdua keluar lif tadi," kata Zaiden sambil mengerutkan wajah.

Laju langkah aku ke lobi syarikat. Aku berlari anak keluar ke arah tempat parkir kereta. Saat itu juga, aku ternampak Zuhal yang sedang membukakan pintu untuk wanita itu.

Rasa seperti hati dicarik-carik. Mata aku menghantar pemergian mereka.

"I'm sorry."

Laju kepala aku tertoleh ke belakang. Zaiden yang sedang berdiri di belakang aku.

"Tak apa. Ada hal kot tu." Aku cuba untuk tidak menjatuhkan air muka suami aku.

"Jom, saya hantar awak balik?" Pelawa Zaiden sekali lagi.

"Yalah." Putus aku.

Dia melangkah ke hadapan aku dan terus ke keretanya. Aku hanya mengikuti dari belakang. Kepala masih terfikir tentang mereka berdua.

"Awak tunggu kejap," kata aku kepada Zaiden lalu bergerak sejauh mungkin dari dia untuk membuat panggilan.

"Abang dekat mana?" Aku memulakan bicara apabila dia mengangkat panggilan aku.

"Ada kerja ni. Kau balik sendiri dulu. Sorry." Terus dia meletakkan panggilan.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin, kepala didongakkan ke langit, menghalang air mata dari jatuh. Sakit. Dia tipu aku. Layanan dia masih tidak berubah sejak kejadian 2 hari lepas. Dia masih berkau aku dengan isterinya sendiri dan bersikap dingin.

Aku menyimpan telefon di dalam beg dan bergerak ke kereta Zaiden.

"Sorry buat awak tunggu," kata aku bersama senyuman palsu di wajah.

"Tak apa. Kita makan dulu boleh?" tanya dia.

Aku menggaru pangkal hidung. "Bungkus boleh? Saya tak nak balik lewat."

Dia mengangguk perlahan.

"Is everything okay?" Zaiden memulakan perbualan setelah keheningan menemani sepanjang perjalanan.

"Yeah. Kenapa?" Aku mengerling dia. Dalam masa yang sama aku hairan, apa yang jauh sangat dia nak pergi beli makan ni?

"Awak tak pandai menipu lah Kayla. Awak boleh kongsi dengan saya. Jangan risau lah. Saya bukannya kaki gosip." Dia memperlahankan keretanya sehingga berhenti di hadapan kedai kosong.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now